• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shiha Dedah 2 Syarat Terima Pengurus Sebagai Kekasih

oleh
02/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan dia menerima pengurusnya sebagai kekasih selepas pemuda tersebut bersetuju dengan dua syarat yang diberikan.

Pendedahan itu dikongsi oleh Shiha menerusi sebuah entri memaparkan ucapan bersempena sambutan hari lahir pengurusnya yang dikenali sebagai Arul.

Difahamkan, dua syarat yang telah ditetapkan oleh Shiha adalah ibunya perlu mengikut mereka ke mana-mana sahaja selain penyanyi wanita itu mahu menjaga ibu jika mereka berkahwin suatu hari nanti.

Menurut Shiha, dia terbuka hati untuk menerima kehadiran Arul dalam hidupnya selepas pemuda tersebut bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan.

Dalam pada itu, Shiha turut berkata dia mengakui selesa menjalinkan hubungan Arul dan menyifatkan pemuda itu sebagai seorang yang bertanggungjawab, berfikiran terbuka dan menghormati orang tua.

Tidak terhenti disitu, pelantun lagu Jagakan Dia itu turut dilihat sempat memuji lelaki itu sebagai pendorong dalam kerjaya seni.

Hari ni hari ulangtahun kelahiran my one and only Mr.Arul😜 Kalau ada yang belum tau,dialah salah seorang pendorong dalam karier seni Shiha selain my parents & family.Banyak masa&tenaga yg dah dia korban demi nak tengok Shiha capai apa yang Shiha nak.Lepas Shiha tamat kontrak dengan management & label dengan salah sebuah company,Shiha decide nak bergerak secara independant & dia willing untuk tolong managekan Shiha walaupun dia ada bisnes & kerja dia sendiri.Dulu sebelum Shiha tamat kontrak memang dia jarang follow Shiha sebab Shiha dah ada manager dari pihak management.Tu yang paling buat Shiha terharu sebab x pasal2 sekarang dia kena tlg buat kerja2 manager plak haha (kelakar tgk waktu first time dia deal price untuk show). . Ramai orang ingat Shiha rapat dengan dia selepas Shiha masuk industri.Sampai ada jugak makcik2 bawang cakap “eh kenapa dia kapel dengan manager dia?”.Tapi anda silap.Shiha kenal dia SEBELUM Shiha masuk dalam industri lagi & dia dan mak lah orang yang tunggu Shiha kat pintu pagar TV3 dari pagi-ke tengah malam waktu Shiha audition Mentor 2011 dulu dimana time tu lah permulaan Shiha serius dalam industri.Shiha kenal dia hujung tahun 2009..Lamakan?Ramai cakap “lamanya kau bertahan dengan dia beb..”..Tau tak kenapa bole bertahan?Sebab dia bertanggungjawab,hormat org tua,open minded & sangat memahami kerja Shiha.Yang paling best skali syarat Shiha waktu mula2 kitorang berkenalan tu,Shiha cakap “kalau ikhlas nak kawan dengan saya,awk kena trima kalau kemana2 sy bawak mak & kena trima mak saya sebab kalau saya kawin nanti pun saya tetap akan jaga mak sebab arwah abah dah meninggal” & dia cakap “Saya ok dgn syarat tu”..Syukur lepas dgr jawapan tu..insyaAllah kalau sy kawin pun nanti (samada dgn dia atau @brunomars ) sy akan jaga orang tua si dia mcmna sy jaga mak saya jugak..Ececeh.. hehe..ok lah,panjang kemain caption.Doa yang baik2..Bab jodoh tu jgn tanya byk kali k sebab kalau ada jodoh takkan kemana kan3 😜 (Psst: wish & hadiah sila check whatsapp anda ya wahai @aruleshi 🙊) #KaranganUntukPakcikMakcikBawang #HapuskanBawangJadian #SuperBawangTheMovie

A post shared by Shiha Zikir D’Academy Asia🇲🇾🇮🇩 (@shihazikir) on May 1, 2018 at 9:41am PDT

Pada masa sama, Shiha turut mendedahkan dirinya sering diasak dengan persoalan-persoalan ‘panas’ ekoran dia memilih pengurusnya sebagai pasangan.

Namun, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir bagaimanapun enggan melatah sebaliknya dengan tenang menjelaskan dia memang sudah lama mengenali Arul sebelum bergelar penyanyi lagi.

Malah, Shiha memberitahu pemuda tersebut adalah insan yang sanggup berkorban masa dan kudrat untuknya sepanjang tempoh berkenaan.

“Ramai orang ingat Shiha rapat dengan dia selepas Shiha masuk industri sampai ada juga makcik-makcik bawang cakap ‘eh kenapa dia bercinta dengan pengurus dia’?

“Tapi anda silap, Shiha kenal dia sebelum Shiha masuk dalam industri lagi dan dia dan mak lah orang yang tunggu Shiha dekat pintu pagar TV3 dari pagi ke tengah malam waktu Shiha ujibakat Mentor 2011 dulu di mana waktu itulah permulaan Shiha serius dalam industri.

“Banyak masa dan tenaga yang dah dia korban demi nak tengok Shiha capai apa yang Shiha nak,” jelasnya.

Shiha Bersama Ibu Tersayang.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan untuk berkahwin atau menamatkan zaman bujang, Shiha meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Wahhh… Manis kan? Apapun, kami di Mynewshub mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan kenduri nanti jangan lupa jemput ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Shiha Zikir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Lempar Kasut Pada Bush Bakal Presiden Iraq?

Next Post

PRU14: Pembangkang Perlu Henti Politik Kebencian

Related Posts

Alasan Shiha Guna Khidmat Model Lelaki Tanpa Baju

16/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya, Pipiyama, penyanyi Shiha Zikir menerima kecaman daripada...

Shiha Zikir Minta Bakat Muda Jangan Mudah Putus Asa

21/06/2018
0

PENYANYI Shiha Zikir mengakui berasa terkilan dengan segelintir bakat muda sanggup mensia-siakan peluang berharga apabila dilihat mudah mengalah ketika berdepan...

Next Post

PRU14: Pembangkang Perlu Henti Politik Kebencian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd