Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Playstation 4 Jauh Lebih...

KAJIAN terbaharu yang dilakukan mendapati, konsol game Sony Playstation 4 mencatat jualan lebih...

Contohi Malaysia Bawa Pembaharuan...

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula selepas 15 tahun di...

Rancangan Bina PPR Untuk...

TANJONG KARANG - Masalah perumahan yang dihadapi kira-kira 300 bekas pekerja dua buah...

AS Terkedu Dengan Taktik...

KOREA Utara mengambil langkah setapak ke depan dalam isu amaran perang terhadap AS,...

Senarai Penuh Kabinet Hanya Siap 2 Minggu Lagi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beberapa lagi anggota Kabinet akan diumumkan dalam masa dua minggu akan datang terutamanya bagi portfolio penting seperti Kementerian Luar.

Beliau turut mengakui kini berdepan cabaran untuk membentuk jemaah Kabinetnya disebabkan perlu membuat pertimbangan dari segi bilangan kementerian yang diagihkan kepada setiap empat parti dalam Pakatan Harapan.

Di samping itu, faktor bangsa serta negeri kelahiran juga memainkan peranan dalam perlantikan seseorang menteri bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan empat parti gabungan berkenaan.

“Terdapat empat parti dan inilah yang menimbulkan masalah. Saya perlu mengambil kira berapa jumlah kementerian yang mereka dapat dan apakah kementerian yang mereka perolehi.

“Hal ini berbeza sewaktu menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 apabila saya hanya perlu mengisi tempat kosong setiap kementerian, kerana kebanyakan (ahli Parlimen) merupakan ahli-ahli UMNO,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge yang turut dikongsikan di laman Twiter miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menjelaskan bahawa beliau tidak memilih anggota kabinetnya mengikut bangsa, sebaliknya berdasarkan kebolehan yang dimiliki.


Ujarnya, pengalaman Lim Guan Eng dalam memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang menjadi sebab utama setiausaha agung DAP itu dipilih sebagai Menteri Kewangan.

“Sudah tentu kaum Melayu mahu jawatan itu disandang oleh Melayu. Tetapi sebelum ini kita pernah melantik seorang berbangsa Melayu sebagai Menteri Kewangan tetapi beliau menyebabkan kehilangan banyak wang.

“Bukan soal bangsa diutamakan, tetapi yang penting adalah kualiti dan pengetahuan seseorang itu,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, beliau memilih seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kewangan dan mempunyai pengalaman serta rekod yang baik dalam pentadbiran kerajaan Negeri. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori