• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Parti Akan Pecat Anggota Tidak Setia

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Menjadi prinsip setiap parti politik termasuk pembangkang untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin atau anggota mereka yang terlibat dengan kempen parti lawan berdasarkan peraturan parti masing-masing, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata mana-mana parti tidak akan membiarkan anggotanya berada di pentas parti politik yang bertentangan dan akan mengambil tindakan disiplin kerana perkara itu jelas melanggar peraturan dan perlembagaan sesebuah parti.

“Semua yang berada dalam parti tentunya tahu kalau saudara saudari (pemimpin dan anggota parti) sudah ada di sana (ceramah kempen pembangkang), sudah tidak bersama dengan parti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Santai Anak Muda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan UMNO memecat keanggotaan dua veteran parti itu yang merupakan bekas menteri iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin susulan tindakan mereka menyokong pembangkang, berkuat kuasa Jumaat lepas.

Terdahulu Zambry merasmikan majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Peringkat Negeri Perak di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) dan Program Sukan Rakyat di Fasa 3C di sini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendedahan oleh penolong penerbit UbahTV, laman rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad bahawa DAP telah mereka-reka puluhan risalah dan rakaman video bagi memfitnah kerajaan BN, Zambry berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius.

Calon BN kawasan Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor itu berkata rakyat perlu menilai perkara itu.

“Ini adalah cubaan terakhir (pakatan pembangkang) nak menjatuhkan kita (BN) dengan apa cara sekalipun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd