• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan ADUN BN Sedia Menghadap Raja Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Situasi melibatkan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang terpalit isu selepas tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, 24 Mei lepas tidak seteruk yang digambarkan media.

ADUN Santan, Azizan Sulaiman berkata, malah semua ADUN berkenaan sedia sembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menjernihkan keadaan dan menjelaskan kepada baginda tentang sebab-sebab insiden tidak diingini itu berlaku.

“Pihak istana telah memaklumkan bahawa Tuanku bersetuju untuk menerima sembah menghadap semua ADUN terlibat dan kini kami hanya menunggu tarikh (menghadap) sesuai yang akan ditetapkan oleh baginda.

“Kami semua tiada niat langsung untuk menderhaka malah menjunjung titah Tuanku dan kami berharap perkara ini dapat dijelaskan kepada baginda sekaligus menyelesaikan kemelut ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, pihaknya akan segera memaklumkan kepada umum setelah selesai sembah menghadap Tuanku Raja Perlis kerana rakyat juga perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Azizan juga memaklumkan bahawa semua ADUN BN berkenaan berada di Perlis dan menjalankan tugas masing-masing sebagai wakil rakyat.

Media sebelum ini melaporkan semua sembilan ADUN berkenaan enggan hadir ke majlis pelantikan menteri besar Perlis kerana membantah pelantikan ADUN Bintong Datuk Seri Azlan Man memegang jawatan berkenaan.

Pada hari terbabit, ADUN berkenaan bersama Pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim berada di Kuala Lumpur dan mengadakan satu sidang akhbar mencadangkan supaya Azlan dipecat dalam parti. – BERNAMA

Tags: adun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd