• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selipar Lama Bata 20 Tahun Dulu Kembali Popular

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Tun Dr. Mahathir kembali menerajui negara, segala tingkah laku dan apa sahaja yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia ini cepat sahaja tersebar.

Terbaharu, gambar beliau sedang duduk di kerusi dengan hanya berkaki ayam ketika berada di dalam sebuah majlis makan malam mula tersebar menerusi laman sosial.

Gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, @azranshah itu menjadi tumpuan dengan jenama sandal yang disarung Mahathir, 92, itu hangat diperkatakan.

Dapat jelas dipastikan bahawa sandal yang digunakan oleh Perdana Menteri tertua di dunia itu adalah produk biasa daripada jenama Bata yang hanya berharga RM12.

Secara sengaja atau tidak, laman Facebook rasmi Bata turut mengeluarkan semula sandal berkenaan dengan memuat naik promosi terbaharu berbunyi:

“Ramadan 2018, aksesori ‘panas’ yang dipakai oleh Tun M, boleh didapati di Kedai Bata terdekat atau pembelian secara atas talian”.


Selain itu, seorang netizen telah bertanyakan apakah gambar selipar berkenaan sama seperti  yang dipakai Tun Dr. Mahathir dan pihak Bata mengesahkan perkara itu.

“Ya, ini adalah selipar keluaran Bata yang sudah berada di pasaran lebih 20 tahun dan hari ini pengguna laman sosial telah berkongsi gambar Tun memakainya. Bata yakin ini adalah selipar berkenaan,” jawab Bata.

Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri ketujuh Malaysia setelah gabungan Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BataTun Dr Mahathir Mohamad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd