• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sangat Rindukannya” – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – “I miss her so much (saya sangat rindukannya)…” ungkapan pertama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya mengenai cucu tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie.

Jeanelle Nika Mandagie yang lahir pada 1 November lalu merupakan cahaya mata sulung anak perempuan Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina dengan pasangannya Datuk Jovian Mandagie yang merupakan pereka fesyen terkenal.

Ismail Sabri berkata beliau sudah tiga minggu tidak berjumpa dengan cucunya yang mendapat gelaran Princess Mandagie kerana kesibukan berkempen selaku calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera.

“Selalunya setiap minggu kami akan berjumpa…tapi ini sudah lama tidak berjumpa. Nasib baik zaman sudah canggih, jadi keluarga akan menghantar video Jeanelle kepada saya.

“Setiap pagi sebelum berkempen, saya akan menonton video cucu sebagai pembakar semangat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sukan Rakyat di Kampung Paya Badak di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah dua anak lelakinya, Iqbal dan Nashriq yang turut membawa isterinya Shaheerah Faeiz.

Ismail Sabri menambah merindui anggota keluarga adalah lumrah kepada semua anggota politik, kerana banyak masa perlu diluangkan untuk bersama-sama rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

Tambahnya, menyedari amanah yang perlu dilunaskannya selaku anggota politik juga menyebabkan beliau tidak pernah ‘merungut’ meskipun boleh dikatakan 80 peratus daripada masanya dihabiskan di luar.

“Alhamdulillah keluarga faham dengan tuntutan tugas. Jika Sabtu Ahad orang lain boleh bersama keluarga, saya pulang ke Bera untuk berjumpa penduduk dan bertanya masalah mereka.

“Apabila ada masa terluang disebabkan ada program dibatalkan, saya segera ‘update’ kumpulan WhatsApp supaya kami boleh curi-curi masa untuk berkumpul. Saya percaya pada masa berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Nashriq berkata semua adik-beradiknya sudah lali dengan kesibukan bapa mereka sejak 15 tahun lalu, khususnya menjelang pilihan raya umum.

Beliau menambah beliau dan tiga adik-beradiknya akan bergilir-gilir mengikuti kempen Ismail Sabri yang dipanggil ‘papa’ kerana mengetahui itu adalah peluang untuk mereka berjumpa.

“Tapi tidak semestinya kami berjumpa sepanjang masa. Semalam, papa sibuk dengan kempen dan beliau hanya dapat menghubungi saya pada 12.30 tengah malam untuk memberitahu papa kini free.

“Papa ajak saya berjumpa kerana dia nak berborak. Raut wajahnya memang nampak keletihan, tapi beliau tetap mahu meluangkan masa dengan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: CucuDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk 70 Tahun Dituduh Buat Amang Seksual Fizikal Cucu Perempuan

Datuk 70 Tahun Dituduh Buat Amang Seksual Fizikal Cucu Perempuan

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang datuk yang berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan...

Suami Isteri Maut Semasa Hantar Anak, Cucu Pulang Kedah

Suami Isteri Maut Semasa Hantar Anak, Cucu Pulang Kedah

16/10/2022
0

JELI : Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd