• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Kini Jadi Penganggur” – Najib Razak

oleh AK-47
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai seorang penganggur selepas tidak lagi bergelar perdana menteri Malaysia.

Najib ketika ditemui Malay Mail memberitahu beliau kini seorang yang tidak bekerja dan kini berada di dalam fasa ‘persaraan’.

“Kehidupan seharian? Saya tidak ada kerja, saya penganggur,” kata bekas perdana menteri itu sambil tertawa mengakui kebenaran tersebut.

Menurutnya, buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah perancangan pada masa akan datang, Najib mengatakan beliau tidak memutuskan apa-apa perkara lagi namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Tidak tahu lagi, saya akan lihat perkembangan semasa negara. Berikan saya masa untuk berehat dahulu dan selesai hal peribadi.

“Tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, ” katanya lagi.

Terdahulu, Najib yang terpalit dalam kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diarah untuk beri kerjasama dalam serbuan pihak berkuasa ke atas enam premis termasuk kediaman peribadinya di Taman Duta.

Hasil serbuan dari malam Rabu itu, polis terpaksa merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga – MYNEWSHUB.CC

Tags: Barisan Nasional (BN)Najib Tun Razakserbuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekatan Perjalanan Perlu Ikut Undang-Undang

Next Post

Exco Melaka Gesa Orang Ramai Derma Darah

Related Posts

Israel Tamatkan Serbuan Di Jenin, Serang Gaza Pula

Israel Tamatkan Serbuan Di Jenin, Serang Gaza Pula

05/07/2023
0

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengisytiharkan sudah berundur dari Jenin selepas menamat operasi ketenteraan terbesar di Tebing Barat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12...

Rakam Serbuan, Tangkapan Oleh Polis Satu Kesalahan

Rakam Serbuan, Tangkapan Oleh Polis Satu Kesalahan

01/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Tindakan merakam video atau membuat siaran secara langsung atau 'live' menggunakan telefon bimbit ketika anggota Polis Diraja Malaysia...

Next Post

Exco Melaka Gesa Orang Ramai Derma Darah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd