• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampai Bila Nak Permain Emosi Rakyat?

oleh Haris
30/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN sudah mengumumkan langkah-langkah terbaru memenuhi janji mereka kepada rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tiga minggu lepas.

Tadi, kerajaan mengumumkan beberapa habuan untuk rakyat, antaranya diskaun dua hari kutipan tol menjelang Hari Raya Aidilfitri, bonus kakitangan awam DG41 dan ke bawah dan harga minyak RON 95 dikekalkan.

Diskaun sepanjang dua hari sebelum Hari Raya diberikan sebanyak 50 peratus, dan kakitangan awam DG41 dan ke bawah diberi RM400, dan pesara RM200.

Kalau sebelum ini Pakatan Harapan selalu mendakwa harga minyak akan turun kalau mereka memerintah, hari ini terbukti janji ini sudah dimungkiri.

Selepas tiga minggu (sebelum ini katanya hari ini menang, esok minyak turun), yang diumumkan ialah harga minyak RON95 kekal, sekadar meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Habuan ini jauh lebih rendah daripada yang diberikan semasa zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 telah menawarkan bonus dan kenaikan gaji kepada kakitangan awam tanpa mengira gred.

Tayangan kejohanan bola sepak Piala Dunia Fifa 2018 di RTM bukan sesuatu yang baharu kerana pernah dilaksanakan sebelum ini.

Tetapi ramai juga yang bising tentang kos mendapatkan hak penyiaran ini, yang jumlah mencecah ratus juta ringgit, sedangkan kerajaan juga mendakwa bergelut dengan hutang peninggalan kerajaan sebelumnya.

Apa yang pasti ialah kerajaan banyak sangat berdrama dengan macam-macam dakwaan yang memprovok emosi rakyat.

Kalau dikatakan negara sebelum ini hampir bankrap, amat tidak masuk akal apabila kerajaan baharu menamatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menambah hasil lebih RM40 bilion setahun.

Kalau dalam keadaan ada kutipan hasil GST pun negara teruk, bertambah teruklah kalau hasil lebih RM40 bilion ini tiada.

Kerajaan kemudian mengatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan menggantikan GST bermula September.

Mungkin harga barang akan kekal tinggi dan tidak ada peluang untuk rakyat merasa shopping RM50 penuh satu troli.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, harga barangan masih tinggi, tol dan minyak tidak berkurangan seperti yang dijanjikan.

Sebenarnya ramai yang sudah tertipu kerana mengharapkan janji-janji ini semua dipenuhi seperti yang telah mereka ceramahkan sejak bertahun lalu.

Kerajaan juga membatalkan projek MRT 3, sebahagian projek pengangkutan awam yang boleh membantu rakyat.

Janganlah kerajaan baharu menafikan manfaat projek pengangkutan awam MRT ini, yang telah membantu meringankan beban jutaan warga kota.

Ramai yang sedang menunggu pembinaan fasa terbaru MRT yang akan menghubungkan lebih ramai warga kota ke destinasi mereka dengan lebih mudah dan murah.

Kemenangan PH dalam pilihan raya umum tempoh hari bukan milik mereka sepenuhnya hingga semua keputusan kerajaan sebelum ini dibatalkan.

Separuh daripada rakyat Malaysia masih menyokong parti kerajaan sebelum ini selain parti lain seperti PAS.

Amat tidak bertanggungjawab kalau keputusan kerajaan menafikan kewujudan dan hak separuh lagi warga negara.

Keputusan pilihan raya lalu tidak boleh diubah lagi pada masa ini, walaupun ramai yang mengundi dulu atas dasar emosi semata-mata dan bukan menyokong PH sebenarnya.

Melihat keghairahan kerajaan baharu melaksanakan agenda-agendanya termasuk yang aneh menadah tabung tetapi membayar untuk menyiarkan perlawanan bola sepak, dijangka usaha untuk memperguna emosi rakyat akan diteruskan lagi. – Mynewshub.cc

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd