• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAM Mahu MOM Teruskan Kebebasan Media Sukan

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mendesak barisan kepimpinan baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya terus memberikan kebebasan kepada para petugas media sukan di negara ini.

Presidennya, Ahmad Khawari Mohd Isa berkata pihaknya mahu MOM lebih menghargai dan mengakui peranan petugas media sukan dalam menyampaikan informasi berkaitan sukan kepada khalayak umum.

“Ini kerana kami tidak mahu ada satu budaya yang MOM atau pegawai-pegawainya memberikan tekanan kepada petugas media untuk mengikuti agenda tertentu kerana SAM percaya media sukan Malaysia ialah media yang bebas.

“Kami mahu terus mempertahankan kebebasan itu demi kepentingan dan kebebasan sukan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan MOM, yang baharu dipilih awal bulan ini, di Wisma OCM di sini, hari ini.

Beliau berkata, Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria turut berkongsi formula hala tuju baharu MOM pada pertemuan itu.

“Menurut Mohamad Norza, MOM mahu berdiri sebagai badan berkecuali yang memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya SAM,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata pihaknya telah menerima input daripada SAM dan berharap untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua belah pihak. – BERNAMA

Tags: MOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOM Tubuh Jawatankuasa Ubah SOP Pemilihan Atlet

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili negara pada temasya sukan antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia (MOM)...

MOM Cadang Lantik Wakil Atlet Untuk Berada Dalam MOM

28/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mencadangkan supaya persatuan sukan kebangsaan melantik wakil dalam kalangan atlet untuk turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd