Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kadar Jenayah Di Labuan...

LABUAN - Kadar jenayah di pulau bebas cukai ini menurun hampir 5.56 peratus...

Polis Berjaya Tahan Lelaki...

KUANTAN - Sepasukan anggota polis dari Unit Risikan Polis Marin Wilayah Timur (PMWT)...

Isteri Dipukul ‘Setengah Mati’...

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang mampu diungkapkan buat seorang warga emas yang...

2 Peruncit Didenda Miliki...

KANGAR - Dua pemilik kedai runcit didenda berjumlah RM3,650 oleh Mahkamah Majistret di...

Salleh Yakin Rakyat Sokong Agenda Pembangunan

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yakin rakyat sentiasa menyokong kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

Beliau berkata hasil sokongan itu membolehkan negara berada dalam keadaan stabil dan aman, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan menentukan perancangan pembangunan yang lebih hebat.

“Yang penting di Malaysia ini, kita kena kekalkan kestabilan negara. Tidak akan tercapai pencapaian seperti ini kalau negara kita tidak aman damai dan stabil,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan tablet komputer kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Salleh berkata kerajaan yang memerintah pada masa kini mempunyai agenda yang jelas khususnya dalam pembangunan negara.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kebebasan bersuara amat digalakkan namun jika wujudnya perbezaan pendapat perlu diurus dengan sebaik-baiknya.

Perbezaan pendapat itu tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan dalam kalangan rakyat itu sendiri.

Dalam pada itu Salleh berkata selepas pilihan raya umum ke-14 ini banyak lagi perancangan yang akan dilaksanakan kerajaan.


“Untuk melaksanakan perancangan itu bukannya mudah kalau tidak ada kesatuan antara kita, banyak cabaran yang harus lalui dan saya yakin sungguh dengan kerjasama semua pihak kita mampu berdepan dengan ujian,” katanya.

Mengenai majlis itu, Salleh turut menyampaikan sebanyak 1066 buah tablet kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Salleh berkata pemberian tablet yang terkandung dalam Bajet 2017 itu bertujuan untuk memudahkan guru-guru merancang pengajaran dengan lebih berkesan. – BERNAMA

Kategori