• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saingan Final Piala FA Kembali Bergelora

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

London – Jose Mourinho dan Antonio Conte meneruskan permusuhan mereka apabila Manchester United dan Chelsea bertemu pada final Piala FA Sabtu ini, kedua-duanya mahukan trofi untuk menebus kesilapan musim ini.

Keinginan Conte jauh lebih tinggi kali ini. Selepas gagal menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan, ramai menganggap aksi di Wembley bakal menjadi yang terakhir buat jurulatih Itali di Stamford Bridge, tidak kira apa pun keputusannya.

Jika benar, tiada apa yang akan menggembirakan Conte selain mengundur diri dengan satu kejuaraan buat kali pertama sebagai jurulatih dengan menewaskan lelaki yang paling dimusuhinya sejak menjejakkan kakinya ke England.

Conte menyifatkan Mourinho sebagai ‘orang kecil’ dan ‘penipu’ pada kemuncak permusuhan mereka Disember lalu.

Beberapa hari sebelum itu, Mourinho secara tidak langsung menyebut mengenai penggantungan yang diberikan kepada Conte kerana dakwaan gagal melaporkan mengenai insiden mengatur perlawanan ketika mengendalikan Siena. Conte kemudiannya menang rayuan berkenan, sekali gus membersihkan namanya daripada kes itu.

Permusuhan itu dikatakan berpunca daripada kejayaan Conte pada kempen pertamanya di Chelsea, semusim selepas penggal kedua Mourinho di Stamford Bridge berakhir dengan jurulatih Portugal itu dipecat apabila hanya memenangi empat daripada 16 perlawanan pertama Chlsea pada Disember 2015.

Penamat tangga kelima Chelsea di Liga Perdana Inggeris musim ini disahkan apabila mereka tewas 0-3 kepada Newcastle Ahad lalu.

“Pengakhiran di tangga kelima amat mengecewakan. Bagaimanakah kesannya tidak berada di Liga Juara-Juara? Anda perlu bertanya kepada kelab mengenai perkara itu,” kata Conte, sekali gus menghangatkan spekulasi mengenai masa depannya.

“Jika kami bermain seperti ini pada final Piala FA, kami tiada peluang. Kami mempunyai enam hari untuk mengubah pendekatan, keinginan, kemahuan untuk berjuang kerana kami boleh lakukan lebih baik.”

Setidak-tidaknya Mourinho sudah mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, jurang 19 mata dengan juara Manchester City dan kekecewaan tersingkir di tangan Sevilla pada peringkat 16 terakhir, bermakna beliau juga perlu menanti saat akhir untuk menghadiah trofi untuk menutup mulut pengkritik.

“Memandangkan saya selalu melakukannya (menang trofi), jika tidak, anda (media) akan membunuh saya,” kata Mourinho mengenai prospek menamatkan musim keduanya di Old Trafford tanpa sebarang trofi. “Itu yang bakal anda lakukan. – AFP

Tags: ChelseaManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd