Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Ratusan Durian Muda Gugur,...

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda...

Pengantin Turki Undang 4,000...

SETIAP pasangan pengantin pastinya mengidamkan sebuah majlis perkahwinan yang serba serbi indah dan...

7 Ditikam Dalam Perhimpunan...

SAN FRANCISCO - Tujuh orang dimasukkan ke hospital dengan sekurang-kurangnya dua daripada mereka...

VIDEO: Kereta Bergesel, Apek...

NAMPAKNYA rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini asal kemalangan je, mesti nak bergaduh.Bila dah...

RM60.7 Juta Lesap Dari Sistem Kewangan Mexico

BANDAR MEXICO – Penggodam yang mensasarkan sistem pembayaran antara bank di Mexico berjaya melesapkan lebih daripada AS$15 juta (RM59.5 juta) sejak beberapa minggu lalu, kata Bank of Mexico hari ini.

Jumlah dana yang terbabit dalam aktiviti jenayah ini mencecah kira-kira 300 juta peso (RM60.7 juta),” kata gabenor bank pusat, Alejandro Diaz de Leon kepada pemberita.

Walau bagaimanapun, beliau berkata akaun pelanggan bank komersial tidak pernah terdedah kepada bahaya.

Siasatan sedang dijalankan, kata gabenor, tanpa menjelaskan sama ada penggodam yang disyaki adalah domestik atau antarabangsa.

Ketua Pengarah sistem pembayaran dan perkhidmatan korporat bank pusat, Lorenza Martinez berkata sekurang-kurangnya lima serangan berlaku tetapi pada ketika itu, jumlah yang hilang masih dianalisis.


Selepas serangan dikesan, bank beralih kepada kaedah yang lebih perlahan tetapi selamat. – AFP/BH ONLINE

Kategori