• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM500,000 Untuk Naik Taraf Pasar Masjid Tanah

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kerajaan akan memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur Pasar Masjid Tanah di sini dalam memberi keselesaan kepada peniaga dan para pengguna.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pasar berkenaan akan melalui proses penyusunan semula berikutan aduan diterima mengenai tempat jualan barangan basah yang terhalang oleh gerai buah-buahan.

“Kita mendapat maklum balas daripada peniaga mengenai kekurangan kemudahan dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk melaksanakan tindakan lanjut.

“Walaupun projek ini bersifat jangka pendek namun kita berharap agar MPAG dapat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan​​​ ​​​secara sistematik demi kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke pasar itu, dengan turut dihadiri Yang Dipertua MPAG, Ismail Hasim di sini, hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan yang akan turut menempatkan kaunter jualan lebih mesra pengguna​​​​​​​ tersebut dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Mas Ermieyati, calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah​​​​​​​berkata satu mesyuarat khas akan diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-14 bersama golongan peniaga​​​​​​​ pasar​​​​​​​ berkenaan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan bagi kerja-kerja penambahbaikan.

“Mesyuarat itu akan diadakan secepat mungkin kerana peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf pasar, yang turut menjadi tumpuan pengguna luar itu, telah pun diluluskan,” katanya.

Sementara itu, penjual ikan Zakaria Bachik, 71, yang berniaga sejak 1963, berkata keadaan laluan pasar yang agak sempit mengundang rasa kurang selesa pengunjung untuk membeli barang keperluan di pasar itu.

“Kini saya melihat pengunjung juga kurang berminat ke sini, hasil jualan juga tidak lagi seperti dahulu, malah kami (peniaga) pun sekadar cukup makan untuk menampung perbelanjaan harian.

“Oleh itu, saya berharap projek naik taraf dan baik pulih yang akan dijalankan mampu menarik pengunjung sekali gus membantu kami meningkatkan hasil jualan,” katanya yang tinggal di taman perumahan berhampiran pasar tersebut.

Mohd Fauzi Rahim, 54, pula berharap kerja membaik pulih pasar berkenaan dapat memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada peniaga dan pengguna selain menitikberatkan keselesaan pengunjung.

“Kadangkala terdapat bumbung bocor sehingga menyebabkan air hujan menitik masuk ke dalam kawasan pasar dan menjadikan keadaan berlecak lebih-lebih lagi apabila hujan lebat,” katanya yang berniaga buah-buahan dan makanan tradisional sejak 16 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Melakapasar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd