• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risda Kaji Guna Alat Pelindung Hujan Pada Pokok Getah

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) sedang mengkaji cadangan untuk memasang alat pelindung hujan pada pokok di 1.2 juta hektar kebun getah seluruh negara, terutamanya aspek harga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata alat yang diinovasikan kakitangan RISDA itu membolehkan aktiviti menoreh getah dapat diteruskan walaupun pada musim hujan, seterusnya mengelakkan pekebun kecil terputus sumber pendapatan.

“Alat pelindung hujan itu diperbuat daripada plastik dan akan dipasang bagi menutup alur torehan dan mangkuk susu getah. Sekarang ini kalau musim hujan susu getah akan bercampur dengan air hujan.

“Konsepnya kita sudah ada. Cuma kini kita sedang mengkaji harganya supaya dapat direndahkan. Kita akan bincang kemudian sama ada kerajaan akan beri bayar penuh atau ada cara lain,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat RISDA Stesen Batu Papan, di Kampung Batu Papan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.

Ismail Sabri berkata ketika ini kerajaan memberi elaun RM200 sebulan selama tiga bulan dari November kepada 382,000 pekebun kecil yang terjejas pendapatan setiap kali musim tengkujuh.

Sementara itu beliau berkata bangunan Pejabat RISDA Stesen Batu Papan bernilai RM589,575 itu telah memudahkan urusan bagi 1,200 pekebun kecil di Kampung Batu Papan dan kawasan sekitarnya.

Selain Pejabat RISDA Stesen Batu Papan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Bera itu, terdapat dua lagi pejabat stesen RISDA di daerah berkenaan iaitu di Kemayan dan Kerayong.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan replika cek bernilai RM200,000 bagi Aktiviti Ekonomi Tambahan Tahun 2018 kepada 20 penerima di Bera dan RM1.5 juta kepada RISDA Bera bagi Program Peningkatan Pendapatan Daerah Bera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Diarah Siasat Ugutan Bunuh Petugas SPR

Next Post

Kongsi Maklumat Palsu: Pesara Didenda RM2,000

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Kongsi Maklumat Palsu: Pesara Didenda RM2,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd