• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rindu Dengan Keluarga, Shakilla ‘Perang’ Demi Suami

oleh
27/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, air tangan isteri menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Jadi di bulan mulia ini, pelakon Shakilla Khoriri semakin mahir ‘berperang’ di dapur demi suami tercinta.

Bagi Shakilla, dia lebih selesa memasak sendiri di rumah semenjak 1 Ramadan lalu kerana suaminya, Fizi Ali tidak gemar makan di luar sekiranya tiada keperluan.

“Bukanlah bermakna kami anti atau tidak suka makan di restoran mahupun gerai. Sesekali, memang kami gemar mencari tempat makan yang sedap sambil menghirup udara luar.

“Tetapi, mungkin disebabkan ketika bujang sudah biasa jamah lauk kedai, jadi sekarang apabila sudah berkahwin, saya semakin rajin ke dapur dan mencuba resipi kesukaan suami.

“Fizi pula jenis tidak cerewet,” ujar Shakilla kepada portal BH Online.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Papa Ricky itu mengakui bahawa suaminya merupakan seorang yang handal memasak, terutamanya jenis masakan kampung.

Namun, itu tidak membuatkan Syakilla berasa tercabar kerana tahun ini merupakan pertama kali mereka berpuasa bersama sebagai pasangan suami isteri.

Tambahnya lagi, dia akan sentiasa memastikan agar dapat menyediakan juadah berbuka puasa sekiranya tidak terikat dengan apa-apa penggambaran.

“Biasanya, suami pun ringan tulang bantu mana yang patut. Kami sama-sama bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur dan pada sebelah petang pula masak juadah berbuka,” ujarnya lagi.

Seperti wanita lain yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Syakilla berasa sedikit sedih kerana tidak dapat berpuasa bersama keluarganya pada hari pertama bulan Ramadan.

• Dah masuk puasa ke 2 hari ni. Bermakna dah dua pagi subuh hening i buatkan sahur untuk lelaki ni. . Tiba i rasa rindu dengan emak i. Adik beradik, family. Zaman bangun pagi mamai2 sahur dah ada depan mata, dah habis 😢 . . Entah kenapa rasa macam berlakon pulak bila fikir sekarang dah ada orang lain dalam hidup i. Orang yang ada kunci 'Syurga' untuk i. . Semoga i kuat dan terus belajar untuk jadi yang terbaik. Bukan untuk dia je tapi untuk family, Kawan2, dan semua. . . . . Selamat berpuasa semua ☺️ . . . 🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on May 17, 2018 at 9:30pm PDT

“Sudah tentu saya rindu suasana bersahur dan berbuka dengan keluarga. Meriah sebenarnya apabila semua dapat berkumpul. Jadi, sedih juga pada awal Ramadan lalu, tetapi suara emak di hujung talian mengubat perasaan itu,” katanya lagi.

Shakilla telah diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya yang juga merupakan penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali pada 18 Februari lalu di ibu kota. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: FIZI ALINetizenShakilla Khoriri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd