• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rina Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Rina Mohd Harun hari ini dinamakan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau merupakan antara ‘giant killer’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu apabila memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dengan menumbangkan calon Barisan Nasional (BN) dan penyandang kerusi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang juga bekas menteri kewangan kedua serta Mohamad Noor Mohamad dari PAS.

Beliau mula aktif di arena politik negara sejak 2002 sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang selain pernah memegang beberapa jawatan dalam Puteri UMNO ​​termasuk Exco Puteri UMNO Malaysia pada 2009 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun lepas.

Ketua Srikandi Bersatu itu juga aktif melibatkan diri bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dibesarkan di Jalan Gurney di sini, Rina menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 1 sebelum melanjutkan pendidikan ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu.

Rina mempunyai Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dan Perbankan dari Northwood University, Michigan, Amerika Syarikat.

Beliau pernah berkhidmat di sektor perbankan. – BERNAMA

Tags: Rina Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

PRU15: Rina Nafi Lap Tangan Selepas Bersalaman

07/11/2022
0

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya,...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd