• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Hadir Ceramah Bukan Penentu Kemenangan

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kehadiran ribuan orang di ceramah dan program dalam tempoh berkempen tidak menentukan kemenangan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU), kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata bukti sokongan perlu direalisasikan melalui jumlah undi semasa hari pengundian yang termasuk mengambil kira golongan pengundi ‘senyap’.

Perkara itu terbukti semasa kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014.

“(Ketika itu) mereka (pembangkang) melihat dari segi kehadiran malam akhir (ceramah sebelum hari pengundian) beribu-ribu orang ramai datang tetapi keesokannya (majoriti) rakyat Teluk Intan telah buat keputusan siapa wakil rakyat mereka dengan memilih calon Gerakan.

“Ini kita sebutkan sebagai ‘silent majority’ (pengundi senyap). Paling penting pada hari terakhir iaitu hari mengundi siapakah yang dipilih rakyat dan ia telah dibuktikan di Teluk Intan dan saya yakin kawasan lain seperti di Beruas, ia akan diterjemahkan dalam konteks yang sama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Astaka di Taman Mas, Kampung Koh di sini.

Turut hadir calon BN dalam PRU14 bagi kerusi DUN Astaka, Teng Keek Soong dan calon BN di kerusi Parlimen Beruas, Pang Chok King.

Zambry yang merupakan calon BN di kerusi Parlimen Lumut dan DUN Pangkor berkata, momentum anggota dan jentera BN Perak berada pada tahap terbaik dan turut menerima maklum balas positif daripada​​​​​​​ rakyat mengenai calon BN selepas enam hari berkempen.

“Bacaan (tinjauan) perkembangan yang terus positif dan setiap hari menunjukkan tahap sokongan (rakyat) yang lebih baik daripada (jangkaan) kita letakkan sebelum ini.

“Insya-Allah dengan kemantapan barisan jentera dalam peringkat komponen kita mempunyai keyakinan ini (untuk menang),” katanya.

Selepas menyantuni masyarakat setempat di DUN Astaka, yang sebelum dikenali sebagai Sitiawan, Zambry turut meluangkan masa melawat PDM Kampung Banjar di kawasan DUN Pengkalan Baharu, Beruas di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd