• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Palestin Tebing Barat Mati Ditembak Zionis

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH – Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera Israel ketika pertempuran di Tebing Barat, minggu lalu maut akibat kecederaannya semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Remaja berusia 15 tahun itu ditembak dalam pertempuran di pintu masuk Al-Bireh, utara Ramallah di Tebing Barat, kata kenyataan kementerian terbabit. Tentera Israel berkata, pihaknya sedang meneliti insiden itu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak menyatakan pada hari apa mangsa cedera, namun agensi berita rasmi Palestin, WAFA berkata, beliau ditembak di bahagian perut, ketika pertempuran pada 15 Mei lalu.

Beberapa tunjuk perasaan besar berlaku di wilayah Palestin pada 14 Mei lalu, ketika Amerika Syarikat merasmikan kedutaan baharunya di Baitulmaqdis yang sebelum ini terletak di Tel Aviv.

Beberapa tunjuk perasaan kecil berlaku pada 15 Mei lalu iaitu pada ulang tahun ke-70 tragedi ‘Nakba’ atau bencana yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin menjadi pelarian selepas perang untuk penubuhan Israel.

Lebih 60 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di sepanjang sempadan Gaza dalam tempoh dua hari, namun remaja yang meninggal dunia semalam adalah mangsa pertama dari Tebing Barat. – AFP/BH ONLINE

Tags: PalestinZionis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Tidak Boleh Sekat Pengkritik Di Twitter

Next Post

Lelaki Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri

Related Posts

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

09/07/2025
0

LONDON: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom (UK), dengan menyatakan...

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Next Post

Lelaki Nak Panjat Pagar, Tertembak Diri Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd