• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Kekal Gelaran Liga Juara-Juara

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV – Real Madrid mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi final di Stadium NSC Olimpiyskiy sebentar tadi.

Babak pertama permainan berkesudahan 0-0 dengan Liverpool kehilangan peledak utamanya Mohamed Salah yang cedera di bahu. Dia terpaksa digantikan dengan Adam Lallana pada minit ke-30.

Real turut kehilangan pemain, Dani Carvajal yang dipercayai cedera buku lali dan tempatnya diisi Nacho.

Bersambung babak kedua, Real mendahului permainan pada minit ke-51 hasil kesilapan penjaga gol Liverpool Loris Karius yang membaling bola ketika Karim Benzema berada berhampirannya dan mudah menampan bola ke dalam gawang.

Liverpool bagaimanapun tidak menunggu lama dan kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane tiga minit kemudian.

Kemasukan Gareth Bale ternyata membawa tuah buat Real apabila pemain Wales itu menjaringkan gol kedua juara bertahan itu pada minit ke-63 dan sekali lagi pada minit ke-83. – Berita Harian

Tags: Real Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd