• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Beri Rezeki Berganda Kepada Penjual

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Ramadan memberi rezeki lumayan kepada peniaga daging lembu apabila bahan mentah tersebut mendapat permintaan tinggi berbanding bulan-bulan biasa.

Ini berikutan penggunaan daging dalam pelbagai menu untuk berbuka puasa dan bersahur seperti sup, masak merah dan masak kunyit.

Faizal Mohd Yusof, 38, berkata beliau mampu menjual lebih 100 kilogram daging dalam tempoh empat jam pada bulan Ramadan berbanding dua hari pada hari biasa.

“Kebiasaannya permintaan terhadap daging lembu sangat tinggi pada bulan Ramadan. Saya mampu menjual daging seekor lembu dalam tempoh empat jam sebaik gerai mula dibuka pada pukul 7 pagi.

“Saya mampu meraih keuntungan sehingga RM500 sehari bergantung kepada saiz lembu tersebut,” katanya ketika ditemui di gerainya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di sini, hari ini.

Faizal berkata harga bagi satu kilogram daging adalah RM28, tulang rusuk (RM23), perut (RM23) serta sebatang kaki (RM40), dan permintaan akan meningkat beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya kerana ramai perantau yang mula pulang ke kampung halaman.

Seorang pelanggan, Hashim Yunos, 55, berkata beliau kerap membeli daging pada bulan puasa berbanding bulan-bulan lain untuk dijadikan juadah utama ketika berbuka.

“Banyak menu yang boleh dibuat berasaskan daging ini… paling malas boleh disinggang begitu sahaja bagi membuka selera selepas seharian berpuasa,” katanya.

Pemilik kedai makan, Norayu Rashid, 35, berkata beliau selalu mengunjungi gerai Faizal bagi mendapatkan bekalan perut untuk dijadikan ‘colek perut’.

“Colek perut ini amat popular di Kelantan pada bulan Ramadan dan sering dimakan terutama selepas solat tarawih oleh pengunjung kedai makan sata.

“Saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua kilogram perut pada setiap hari untuk dijadikan colek,” katanya. – BERNAMA

Tags: dagingramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Myanmar Didakwa Cuba Rasuah Polis Marin

Next Post

218 Kg Ketum Dirampas ATM Di Sempadan

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

218 Kg Ketum Dirampas ATM Di Sempadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd