• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Menanti Pemansuhan Kutipan Tol Minggu Ini

oleh Haris
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI biasa selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) dan pembentukan kerajaan, perkara yang paling ditunggu-tunggu rakyat ialah pelaksanaan segala janji terkandung dalam manifesto parti itu.

Antara janji jangka masa panjang lima tahun Pakatan Harapan (PH) sebelum memenangi PRU ke-14 pada 9 Mei yang lalu adalah dengan memansuhkan kutipan tol di lebuh raya secara berperingkat.

Seperti yang diketahui, PH juga dalam manifestonya berjanji untuk mengotakan 10 janji dalam masa 100 hari tetapi isu pemansuhan tol ini tidak termasuk pun dalam janji jangka pendek itu.

Bagaimanapun, minggu lalu, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memberitahu bahawa keputusan berhubung pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya minggu ini.

Zeti berkata, perkara berkenaan masih dalam proses perbincangan dan hanya akan dimuktamadkan segera seperti 10 perkara yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan PH pada PRU14.

“Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

“Keputusan dijangka diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis pada minggu depan pula.

“Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited cari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini,” katanya selepas hadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, Khamis lalu.

Tambahnya, pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh rakyat itu akan diumumkan sendiri oleh Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainudin dalam masa terdekat.

Kenyataan Zeti itu telah menyebabkan seluruh rakyat di negara ini teruja menanti pengumuman itu dengan rata-rata dari mereka mengharapkan pihak kerajaan PH akan mengotakan janji penghapusan tol.

Tidak dinafikan, dengan memansuhkan kutipan tol, ia akan mengurangkan beban hidup rakyat terutama bagi mereka yang tinggal di ibu negara di mana banyak tol digunakan secara harian.

Namun, perlu dingat, pemansuhan tol ini dianggap sebagai pelaburan besar untuk negara memandangkan ia melibatkan syarikat konsesi lebuh raya serta pemegang saham terlibat.

Seperti yang dibangkitkan sebelum ini, pemansuhan tol ini bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan terus oleh kerana pelaksanaannya memerlukan kajian yang menyeluruh dari semua peringkat.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah menyampaikan hasrat untuk mansuh tol secara berperingkat walaupun rata-rata rakyat mahu dibuat serta-merta.

Kerajaan BN menimbangkan kesan lain yang perlu diambil kira sebelum memansuhkan terus tol kerana ada kos perkhidmatan dan penyelenggaraan oleh pihak konsesi, selain perjanjian yang perlu diteliti semula.

Dalam pada itu, perlu diingat juga bahawa cadangan pemansuhan tol oleh PH ini pun tidaklah termasuk dalam manifesto 10 janji dalam masa 100 hari mereka itu.

Jadi, adakah pemansuhan tol ini sebagai satu cara untuk kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalihkan perhatian rakyat daripada tuntutan janji 100 hari itu?

Kini, setelah hampir dua minggu kemenangan mereka pada PRU14, PH telah menurunkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari kadar 6% ke 0% tanpa menghapuskan cukai berkenaan.

Kerajaan PH juga mengumumkan bahawa GST, yang telah menjana sebanyak RM42 bilion pendapatan kepada negara akan digantikan semula dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Dalam manifesto itu juga, kerajaan PH berjanji memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar, menawarkan pendidikan percuma di universiti awam dan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Sudah tentunya janji-janji manis ini menimbulkan ‘keterujaan’ kepada rakyat marhaen dan mungkin menjadi penyebab mengapa PH diberikan mandat besar menumbangkan BN yang berkuasa 60 tahun.

Adakah janji pemansuhan tol secara berperingkat ini akan ditunaikan kerajaan? Kita nantikan sahaja pengumuman oleh Tun Daim minggu ini seperti yang telah dijanjikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pemansuhan tolTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ramai Setuju PM Mahu Guru Pun Pakai Uniform! Betul Ke?

Next Post

Empat Lagi Suspek Kes Samun Kedai Emas Diberkas

Related Posts

Belanjawan 2019 Dijangka Bersifat Inklusif

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang amat dinanti-nantikan, akan dibentangkan pada Jumaat ini, dijangkakan bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada...

Zeti Simpan Rapi Surat Tun Dr Siti Hasmah Penuh Berinspirasi

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk...

Next Post

Empat Lagi Suspek Kes Samun Kedai Emas Diberkas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd