• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kedah Teruja, Tersentuh Pelantikan Mahathir

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pelantikan bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri buat kali kedua bukan sahaja menarik perhatian banyak pihak, malah turut melahirkan rasa bangga dan kagum dalam kalangan warga Kedah sendiri.

Manakan tidak Mahathir, anak kelahiran Alor Setar itu begitu cukup disayangi dan selama ini merupakan antara individu paling berjaya yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Jelapang Padi

Roshila Murni Rosli, 27, dari Simpang Empat, Kangkong berkata beliau sendiri tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila mendapat tahu Mahathir bakal memegang semula tampuk pemerintahan negara.

“Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan melalui pimpinan Mahathir, saya sebagai antara individu yang sempat merasai zaman pemerintahan Dr Mahathir sangat merindui kepimpinan beliau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mahathir sekali lagi dilantik menjadi perdana menteri, setelah Pakatan Harapan memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Sementara itu Norshahril Md Yusup ,30, yang berasal dari Jitra berkata, dia sendiri tidak dapat menahan sebak apabila melihat figura berusia 92 tahun itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dan yakin jutaan rakyat negara ini turut merasakan hal yang sama.

“Perkara ini memang tidak disangka-sangka, kita mesti tak pernah terfikir bahawa seorang perdana menteri yang telah 15 tahun meninggalkan jawatannya boleh dilantik semula memegang jawatan itu,” katanya.

Norshahril yang menjadikan Mahathir sebagai idolanya berkata selain bangga dan teruja apabila Bapa Pembangunan Negara itu diangkat sebagai perdana menteri ke-7, beliau turut berharap agar kerajaan pimpinan beliau dapat membawa perubahan dari sudut ekonomi dan pembangunan taraf hidup rakyat.

Nur Aisah Sabri, 50, pula berharap agar Mahathir terus diberikan kesihatan yang sihat untuk menerajui negara dan paling penting mampu mencapai Wawasan 2020 yang digagaskan beliau sebelum ini.

“Saya juga berharap agar beliau dapat menunaikan manifesto beliau antaranya memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya yang masih tidak dapat menahan sebak.

Mahathir mencipta sejarah lagi menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd