• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Jangka Industri Penerbangan Meningkat

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz optimis kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membawa impak yang positif kepada industri penerbangan.

“Dengan kerajaan baharu yang diterajui oleh Tun, kita dapat menjangka persekitaran operasi akan menjadi lebih mesra perniagaan dan kekangan yang dihadapi oleh industri penerbangan dapat dipermudahkan,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau, Rafidah Aziz Malaysian Citizen, hari ini.

Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata dengan persekitaran yang lebih baik, beliau berharap syarikat penerbangan tambang rendah itu akan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Kami akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Mari kita lihat ke hadapan, dengan positif, dan marilah kita meletakkan masalah daripada kerajaan yang lalu di belakang kita.

“InsyaAllah, AirAsia akan terbang di langit yang lebih jelas mulai sekarang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah Kehormat Dalam Pentadbiran Perniagaan

14/12/2018
0

CYBERJAYA - Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan kepada Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd