• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pura-Pura Mengaji Sebelum Curi Duit Tabung Masjid

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Demikian perumpamaan nasib seorang pencuri tabung masjid yang akhirnya diberkas pihak berkuasa selepas kantoi mencuri wang tabung sebuah masjid di Bandar Meru Raya, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Masjid Al Ansar, lelaki warga Kemboja berkenaan dikatakan bertindak licik dengan berpura-pura mengaji al-Quran sebaik menyedari kehadirian polis kira-kira jam 4 pagi.

Namun segala helahnya yang cuba mengkaburi pihak berkuasa disedari pengurusan masjid melalui pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon daripada pengurusan masjid memaklumkan kegiatan itu pada pukul 4.05 pagi.

Katanya, sepasukan anggota Balai Polis Jelapang terus dikerahkan ke masjid terbabit kira-kira 10 minit kemudian dan sebaik sahaja anggotanya tiba, lelaki berkenaan dikatakan sedang duduk di kaki lima masjid bersebelahan tabung.

“Lelaki berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat itu dipercayai berpura-pura mengaji al-Quran dan hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui wang tunai dalam poket baju berjumlah RM160,” katanya memetik sebuah portal berita tempatan.

Tambah Mohd Ali, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa peralatan mencuri yang disembunyikan dalam lipatan kain pelikat suspek.

“Kabel berkenaan dipercayai digunakan untuk mecungkil duit tabung masjid dan suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi sambil memberitahu kes disisat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: pencuritabung masjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd