• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Pembangkang Perlu Henti Politik Kebencian

oleh Haris
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBANGKANG Pakatan Harapan (PH) terus menyebarkan berita palsu dan fitnah dalam usaha mereka untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sejak menjelang PRU12, mereka menyebarkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin negara dan institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tindakan ini menyebabkan ramai yang mudah percaya pada fitnah membenci kerajaan Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin negara dan institusi negara termasuk pasukan keselamatan.

Di media sosial Facebook dan WhatsApp, mereka menyebarkan gambar dengan cerita palsu yang direka untuk membangkitkan emosi orang ramai.

Amalan ini tidak dihentikan menjelang PRU14 apabila isu GST terus dimanipulasi dan dijadikan bahan fitnah.

Antara fitnah yang disebarkan Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya mereka.

Mereka menyebarkan dakwaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menaikkan kadar GST kepada 9 peratus selepas menang PRU14.

Fitnah dan berita palsu ini semua menyuburkan dan menyemarakkan lagi kebencian terhadap pemerintah dan institusi kerajaan.

Kalau bukan ini tujuannya, apa lagi matlamat mereka menyebarkan berita-berita palsu seperti ini menjelang pilihan raya?

Serangan terhadap kredibiliti SPR boleh meruntuhkan kepercayaan terhadap pengendali pilihan raya ini dan boleh menyebabkan protes terhadap keputusan pilihan raya.

Kecaman tanpa henti kepada PM Najib dan isteri menyebabkan mereka yang percaya dengan mesej pembangkang itu sama-sama mengharapkan kerajaan pimpinan beliau dijatuhkan.

Demi mencapai matlamat ini, mereka sanggup terus menyebarkan fitnah, kecaman dan ejekan di media sosial tanpa mengira benar dan salah, dosa dan pahala.

Kebencian yang dikuatkan lagi oleh fitnah berterusan ini akhirnya menyebabkan pengikut dan pentaksub mempercayai apa sahaja dikemukakan oleh pemimpin pembangkang.

Melalui cara ini, pembangkang mendapat tentera-tentera siber sukarela yang sedia bila-bila masa menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Bagi sesetengah mereka, kegiatan ini menjadi satu cara menunjukkan kesetiaan pada pemimpin dan pegangan politik mereka.

Aktiviti di alam siber ini juga menjadi satu kegiatan untuk berasa hebat di kalangan mereka kerana melawan pemerintah.

Akhirnya, ada yang ketagihan dan tidak henti-henti menulis kata-kata kejian dan kesat terhadap seteru politik mereka, terutama UMNO dan PAS yang didakwa bekerjasama dengan UMNO.

Malah ada juga yang melakukannya seperti satu bentuk hiburan kerana bagi mereka ini, mengutuk dan mengeji orang lain memberi rasa seronok.

Dalam kalangan tentera siber sukarela ini, tidak ada garis panduan adab dan etika yang perlu dipatuhi.

Apa yang mereka lakukan hanyalah memburuk-burukkan kerajaan dan pihak yang tidak sependapat dengan mereka.

Ini kena dengan kepentingan pemimpin-pemimpin mereka yang suka tidak mengakui kelemahan sendiri dan mahu mempersalahkan pihak lain semata-mata.

Akhirnya, apa manfaat yang rakyat Malaysia dapat? Tidak ada manfaat tetapi hanya bencana akibat subur dan bercambahnya satu golongan manusia tidak bertanggungjawab.

Inilah cara berpolitik yang kotor dan tidak memberi pendidikan tetapi hanya menyuburkan dan menyebarkan kebencian. – Mynewshub.cc

Tags: berita palsufitnahpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shiha Dedah 2 Syarat Terima Pengurus Sebagai Kekasih

Next Post

Zahid Md. Arip Politikus Berlidah Biawak

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Next Post

Zahid Md. Arip Politikus Berlidah Biawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd