• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Mega Pulau Pinang Mampu Dipercepatkan

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mulakan rundingan dengan syarikat konsesi dan agensi kerajaan berkaitan bagi mempercepatkan tempoh pelaksanaan beberapa projek mega di negeri ini.

Ketua Menteri yang baharu, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya telah mula membuat temu janji dengan syarikat-syarikat konsesi bagi membincangkan tentang kemajuan projek dan segi pelaksanannya.

“Kita juga telah mendapat pemintaan daripada Prasarana dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk berbincang bagaimana nak memajukan projek-projek berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazaar Ramadan anjuran Liga Muslim Pulau Pinang, di sini hari ini.

Tambahnya, memandangkan sekarang kerajaan negeri telah selari dengan kerajaan persekutuan, beliau berharap sekurang-kurang tempoh proses dokumentasi projek berkenaan dapat dipercepat.

Antara projek yang diklasifikasikan sebagai projek mega negeri adalah projek terowong dasar laut yang merangkumi pembinaan tiga lebuh raya utama, projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR), Penang Sky Cab dan Transit Aliran Ringan (LRT) dengan anggaran keseluruhan kos sebelum ini bernilai RM46 billion.

Sementara itu, Chow, yang menggantikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, berkata pelaksanaan projek dua lebuh raya utama yang menghubungkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam dan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang di bawah syarikat Zenith Consortium akan bermula dalam tempoh masa terdekat.

Katanya, kedua-dua lebuh raya utama ini akan dimulakan terlebih dahulu apabila telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) berbanding projek lain.

“Sebelum ini kita mempunyai masalah dari segi pengambilan tanah milik kerajaan persekutuan tetapi kini kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran pimpinan Pakatan Harapan maka saya nampak dua lebuh raya di bawah Zenith Consortium ini telah sedia untuk dilaksanakan,” katanya.

Projek-projek mega ini adalah di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bertujuan untuk membantu mengatasi masalah kesesakan trafik di Pulau Pinang dan juga menghubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai manakala pembinaan lebuh raya utama itu merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km. – BERNAMA

Tags: Chow Kon Yeow
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengikut IG Syed Sadiq Meningkat Lima Kali Ganda

Next Post

Pastikan Sistem Cukai Baharu Kukuh, Tanpa Kelemahan

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

Next Post

Pastikan Sistem Cukai Baharu Kukuh, Tanpa Kelemahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd