• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ECRL Libatkan Kos Lebih RM55 Bilion

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijalankan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. akan melibatkan kos kira-kira RM66 bilion atau lebih tinggi, kata Tun Daim Zainuddin.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata kos RM55 bilion yang dilaporkan secara meluas​​​​​ ​​sebelum ini hanya melibatkan fasa pertama projek mega tersebut.

“Ia bukan RM55 bilion. Sekiranya (anda) memasukkan kos fasa kedua, ia akan melibatkan RM11 bilion​​​​​​​ lagi.

“Jika anda mengambil kira kadar faedah dan semuanya, kemungkinan (kos keseluruhan) akan menjadi lebih besar,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Daim berkata, beliau menyerahkan kepada pihak kerajaan untuk mengumumkan keseluruhan kos tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir​​​​​​​ Mohamad​​​​​​​ semalam bahawa pentabiran kerajaan sebelum ini telah memberikan angka ekonomi yang tidak tepat.

Sejak enam hari lepas, Majlis Penasihat Kerajaan telah mengadakan 40 mesyuarat dan bertemu 50 individu pelbagai latar belakang termasuk pegawai kanan kerajaan dan wakil dari syarikat berkaitan kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan sektor korporat.

Hari ini, majlis itu memanggil Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd., Datuk Zakaria Arshad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan,​​​​​​​ Mazlan Aliman; bekas Ketua Pengarah Felda, Datuk Hanapi Suhada; Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn. Bhd., Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta CEO Felcra Bhd., Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Sesi taklimat MRL dengan Majlis Penasihat Kerajaan diadakan 16 Mei lepas.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan membatalkan projek ECRL, Daim berkata: “saya tidak tahu (kerana) ini (perjanjian) melibatkan peringkat antara kerajaan.

“Saya berpendapat kerajaan China amat mesra (dengan Malaysia) dan kita mempunyai hubungan yang lama dengan kerajaan China, iaitu sejak 1994.

“Dalam tempoh 22 tahun di bawah kepimpinan Dr. Mahathir sebelum ini, kita tidak pernah mengalami sebarang masalah. Kita bekerjasama rapat dan saya berpendapat kita akan terus menjalin kerjasama yang erat,” katanya.

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer itu menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia, yang dijangkakan siap pada 2024, akan melibatkan 28 stesen yang menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd