Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Dua Marshal Konvoi Motosikal...

Dua lelaki termasuk seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang terlibat dalam rakaman aksi...

Banjir Di Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih dengan jumlah mangsa...

Pelaksanaan SST Bermula 1...

KUCHING – Berkuatkuasa 1 Sept ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan...

Dr. Zakir Naik Seorang...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan...

Potong Gaji Menteri Bukti Kerajaan Pulih Ekonomi

KUALA LUMPUR – Pengurangan gaji menteri sebanyak 10 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini merupakan tindakan bijak dalam menyusun semula pentadbiran kewangan negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata inisiatif itu juga dilihat sebagai bukti kesungguhan kerajaan baharu untuk memulihkan ekonomi negara.

“Cuepacs menerima perkara itu sebagai satu permulaan baharu yang munasabah. Jemaah menteri juga tidak terkesan dengan inisiatif berkenaan kerana mereka mungkin disokong dengan bayaran elaun lain.

“Kita turut berharap potongan gaji berkenaan hanya membabitkan jemaah menteri dan tidak berlaku kepada kakitangan awam kerana gaji mereka yang sedia ada mungkin hanya cukup untuk menyara hidup,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Cuepacs berharap tindakan kerajaan tidak meminggirkan penjawat awam yang bertugas di agensi terlibat.

“Cuepacs amat bersetuju dengan tindakan pembubaran SPAD kerana fungsinya bertindih dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun apa yang kami harapkan, semua kakitangan awam yang bertugas di SPAD dapat ditempatkan dan diserap masuk ke kementerian terlibat atau jabatan bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Dr. Nadrawina Isnin yang dihubungi berpendapat tindakan pemotongan gaji menteri satu contoh kepimpinan melalui teladan oleh Perdana Menteri.


“Saya percaya menteri-menteri Kabinet Tun M bersetuju dengan cadangannya. Malah, jika anda dapat lihat, para menteri memperoleh gaji yang banyak dan elaun juga agak tinggi. Sekiranya demikian, sejumlah wang boleh diperuntukkan untuk tujuan lain,” katanya.

Dr. Mahathir hari ini mengumumkan jemaah menteri bersetuju agar bayaran gaji mereka dikurangkan sebanyak 10 peratus, selepas mempengerusikan mensyuarat Kabinet pertama hari ini, di Putrajaya.

Inisiatif pemotongan gaji berkenaan membabitkan bayaran gaji asas menteri sebagai usaha mengurangkan pembelanjaan kerajaan.

Selain pemotongan gaji menteri dan pembubaran SPAD, Dr. Mahathir pada sidang media itu antara lain, turut mengumumkan pembubaran beberapa agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). – BERNAMA

Kategori