• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Tampil Kad Ucapan Raya Hologram 3D

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan inovasi terbaru mereka dalam menggabungkan teknologi dan tradisi dengan memperkenalkan kad ucapan Raya Hologram 3D bersempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Mel Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata berikutan kejayaan poskad animasi pada Aidilfitri tahun lalu yang menampilkan teknologi Augmented Reality (AR), Pos Malaysia kali ini mengambil peluang menggunakan teknologi yang berkembang kini untuk menghasilkan Kad Ucapan Raya Hologram 3D.

“Tahun lepas kita mula buat satu perubahan baharu iaitu kita menonjolkan teknologi AR, dan kita dapati sambutan yang diterima Pos Malaysia sangat menggalakkan dan mengalami peningkatan jualan sebanyak 1.1 juta berbanding tahun sebelumnya, jadi pada tahun ini kita tingkatkan sedikit inovasi tersebut seiring dengan evolusi teknologi.

“Generasi Y terutamanya mencari sesuatu yang berbeza daripada penggunaan mesej pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti WhatsApp atau WeChat, oleh itu, kita tampilkan kelainan dengan menggabungkan media digital dan kad raya tradisi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kad Ucapan Raya Hologram 3D didatangkan dalam dua reka corak dan video yang berbeza. Uniknya kad ucapan ini, pelanggan boleh menonton video hologram 3D termasuk bunyi dan lagu raya menerusi aplikasi yang tersedia. Pelanggan perlu memuat turun aplikasi “Hologram Raya” melalui aplikasi Google Play atau Apps Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar.

Lebih menarik lagi pada tahun ini, Pos Malaysia dengan kerjasama Primeworks Studios turut mengeluarkan poskad edisi khas filem Melayu bertajuk “Pulang” yang bakal ditayangkan selepas Hari Raya dan melalui aplikasi Hologram Raya, pelanggan dapat menonton tiga trailer eksklusif filem dan sedutan pembikinan filem tersebut.

Dengan harga RM12, setiap pek ucapan Hologram 3D Raya mengandungi satu kad ucapan Hari Raya, satu sampul dengan setem 50 sen, satu projektor plastik hologram dan satu poskad filem “Pulang” edisi terhad.

Kad Ucapan Raya 3D Hologram boleh didapati di 400 cawangan pejabat pos atau secara dalam talian di laman sesawang www.eziemall.com.

Selain itu, Pos Malaysia masih lagi meneruskan kempen pengeposan kad ucapan dengan menawarkan kadar penghantaran istimewa domestik bagi kad ucapan raya bernilai 50 sen bermula 17 Mei hingga 12 Jun ini. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd