GEMPAR… Seorang petugas valet di Hotel Hyatt Regency di Sydney, Australia secara tidak sengaja meletakkan sebuah kereta Porsche Carrera di bawah sebuah kenderaan lain.
Difahamkan, ketika cuba meletakkan kereta mewah itu, beliau secara tidak sengaja menyebabkan ia memecut ke depan dan terperosok di bawah sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV).
Berikutan itu, sepasukan anggota polis tempatan segera dihubungi untuk membantu mengeluarkan pemandu yang tidak mengalami sebarang cedera itu dari kenderaan terbabit.
“Kali pertama melihatnya, saya fikir ia mungkin rakaman untuk program televisyen atau filem, rupa-rupanya ia memang benar-benar terjadi,” kata seorang saksi, Jonathan Bayle.
Dalam pada itu, pihak polis sedang menyiasat bagaimana kemalangan pelik itu boleh berlaku. – Reuters
