• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Digerakkan Ke Kawasan Pedalaman

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Sarawak hari ini mulai menggerakkan anggotanya ke kawasan pedalaman bagi membantu melancarkan urusan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei nanti.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal berkata sekurang-kurangnya 400 anggota akan digerakkan ke kawasan pedalaman seperti Baram, Kapit, Marudi, dan Belaga selepas mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara pos dan undi awal.

Beliau berkata esok sebanyak 9,291 anggota polis Sarawak akan melaksanakan tanggungjawab undi awal sebelum bergerak memulakan tugas di kawasan pedalaman.

“Kita juga sudah siapkan bekalan makanan untuk enam hari kepada petugas terlibat,” katanya pada sidang media selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pos di Ibupejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Katanya hari ini seramai 1,123 anggota polis di seluruh Sarawak melaksanakan tanggungjawab mengundi pos di 28 balai polis di daerah masing-masing.

Amer berkata hingga kini polis Sarawak telah menerima 692 permohonan untuk mengadakan ceramah politik oleh parti politik yang bertanding pada PRU14 kali ini iaitu 486 daripada Barisan Nasional, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 99 dan selebihnya daripada lain-lain parti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Amer Awal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd