• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sah Ada RM114 Juta Dalam 35 Beg

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan di sini pada 18 Mei mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata baki 37 lagi beg pula mengandungi barangan mewah seperti jam tangan dan barang kemas.

Amar Singh berkata pihaknya selesai membuat proses pengiraan 35 beg mengandungi wang tunai kebanyakan Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (SD) selama tiga hari bermula Isnin lepas.

“Sebanyak 11 mesin kira digunakan serta 22 pegawai bank dan urusan mata wang terlibat melakukan proses pengiraan wang tunai ini.

“Setelah selesai proses pengiraan, kesemua wang tunai ini telah dihantar ke Bank Negara Malaysia,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Amar Singh, baki 37 beg yang dirampas akan dinilai minggu depan dengan kerjasama daripada pakar.

“Polis akan bekerjasama dengan pakar yang berkaitan bagi menilai keaslian jam tangan, barang kemas dan beg tangan yang kebanyakannya adalah buatan di Paris,” katanya.

Baca: UMNO Tuntut Polis Pulang Wang Disita Milik Dana Parti

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 12 lokasi di ibu negara diserbu dipercayai berkaitan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, 72 beg yang dirampas adalah dari sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan yang tidak mempunyai penghuni dipercayai milik individu bergelar Tan Sri.

“Polis jalankan pemeriksaan di tiga kondominium di Jalan Raja Chulan, dua milik anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa manakala satu lagi tidak dihuni,“ katanya.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata dalam serbuan di rumah Najib di Langgak Duta, polis merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM500,000 dan barangan mewah seperti jam tangan, barang kemas serta beg berjenama.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa bagi memberi keterangan susulan serbuan di dua premis mereka sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini 30 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahkan butiran tersebut.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata pihak polis menjalankan siasatan secara profesional terhadap bekas Perdana Menteri di kediamannya.

“Saya ingin menyatakan polis telah menjalankan siasatan dengan profesional sekali… saya telah tegaskan pada semua yang terlibat tidak boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit dan memastikan mereka melaksanakan tugas secara profesional kerana pemeriksaan dilakukan di rumah bekas perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: duitPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd