• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Keterangan Najib Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merakamkan keterangan bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di tiga unit kediaman di Pavilion Residences di sini pada 18 Mei lepas.

Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah dua jam berada di kediaman itu hari ini.

Menurut sumber, proses mengambil keterangan itu sepatutnya dilakukan semalam namun terpaksa ditunda pada hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Semalam, polis mengambil keterangan anak perempuan Najib berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di apartmen mewah itu.

Polis dilaporkan mengambil keterangan anak perempuan bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina selepas beliau membuat laporan polis kerana tidak berpuashati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan dan merampas beberapa barangan yang didakwa sebagai hadiah perkahwinannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya merakam keterangan Najib di kediamannya hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati lebih 20 pengamal media berkampung di sekitar laluan masuk ke kediaman Najib di Langgak Duta sejak pagi tadi bagi mengikuti perkembangan terkini.

Terdahulu dua kenderaan dipercayai dinaiki peguam Najib turut dilihat memasuki kediamannya pada kira-kira 12 tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd