• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Modi Lawat Indonesia, Singapura Dan Malaysia

oleh AK-47
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia, Singapura dan Malaysia minggu ini.

Beliau dijadualkan mengunjungi Indonesia dari 29 hingga 31 Mei atas undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo, sebelum ke Singapura dari 31 Mei hingga 2 Jun bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

“Beliau akan singgah di Kuala Lumpur pada 31 Mei untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Kementerian Luar Negeri India (MEA) dalam kenyataan hari ini.

Semasa di Indonesia dan Singapura, Modi akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin negara berkenaan selain menghadiri mesyuarat delegasi serta bertemu komuniti perniagaan dan masyarakat India.

Di Singapura, Modi dijadual menyampaikan ucap tama pada Dialog Shangri-La ke-17.

Indonesia, Singapura dan Malaysia, yang merupakan negara anggota ASEAN, adalah Rakan Strategik India.

India amat mengutamakan hubungannya dengan rantau ASEAN dan komited untuk mengeratkan lagi hubungan itu dengan negara-negara anggota ASEAN selaras dengan Akta Dasar Timur kerajaannya.

Lawatan itu juga membolehkan Modi dan para pemimpin negara berkenaan membincangkan isu-isu penting dua hala, serantau dan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: IndiaPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd