• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bentuk Kerajaan Di Kedah, Mukhriz Dilantik MB

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13.

Mukhriz, 53, yang juga pengerusi PH Kedah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam majlis yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini.

Turut berangkat di istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Berangkat sama Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Isteri Mukhriz, Tok Puan Norzieta Zakaria serta pimpinan PH negeri hadir sama.

Pelantikan Mukhriz hari ini sekaligus menamatkan penantian rakyat Kedah selama beberapa hari apabila pembentukan kerajaan negeri Kedah sebelum ini tergantung selepas tiada mana-mana parti atau pakatan yang mendapat majoriti mudah yang diperlukan iaitu 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

Ini apabila PH menguasai 18 daripada 36 kerusi DUN, Barisan Nasional pula hanya memenangi tiga kerusi manakala PAS memperoleh 15 kerusi.

Mukhriz, pernah dilantik sebagai menteri besar Kedah pada Mei 2013 yang ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri selepas Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai Kedah pada PRU13.

Anak kelima kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dilantik sebagai perdana menteri ke-7 semalam itu bagaimanapun meletak jawatan sebagai menteri besar pada Februari 2016 setelah majoriti ADUN Kedah memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Mukhriz kemudiannya menyertai bapanya dan beberapa bekas pemimpin UMNO yang lain untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah dipecat daripada UMNO pada Jun 2016 dan dilantik timbalan presiden parti itu. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Diharap Beri Lebih Tumpuan Terhadap Isu Rakyat

Next Post

Singapura Ucap Tahniah Kepada Tun M Sebagai PM

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

Next Post

Singapura Ucap Tahniah Kepada Tun M Sebagai PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd