• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utama Kepentingan Rakyat, Pemimpin Elak Perselisihan

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Para pemimpin di semua peringkat perlu mengelakkan berlakunya perselisihan sesama mereka sebaliknya, ketika ini perlu mengutamakan kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya pemimpin itu bersatu, segala permasalahan rakyat setempat akan mampu diatasi malah kawasan yang diwakili mereka akan menjadi maju.

“Orang luar benci melihat pemimpin bergaduh, rakyat mahukan pembangunan. Jadi pemimpin pakatlah elok-elok. Mereka mahukan pemimpin yang bersatu.

“Kecundangan di Kedah dahulu bukan kerana pihak lawan kuat tetapi disebabkan berlakunya perkara ini,” katanya ketika berucap pada Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik dan Rakyat Daerah Sik di Dewan al-Hana di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sik, Dr. Mansor Abd Rahman; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan calon DUN Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid.

Ahmad Zahid berkata sekiranya kerajaan negeri yang dikuasai tidak sealiran dengan kerajaan pusat seperti yang berlaku dahulu, menyebabkan rakyat tidak mendapat pembelaan dan tercicir daripada arus pembangunan.

“Nak dapat apa pun susah bila kerajaan negeri dipegang pembangkang seperti contoh di Perak dahulu, dewan yang kita bina pun tidak boleh digunakan.

“Rakyat Kedah perlu membantu (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ahmad Bashah (Md Hanipah) pada pilihan raya umum (PRU) kali ini. Cukuplah terseksa (pada PRU12). Ahmad Bashah kawan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…tidak minta apa pun rakyat Kedah akan dibantu,” katanya.

Ahmad Zahid juga melahirkan keyakinan bahawa BN masih kuat dan akan memerintah di peringkat persekutuan pada PRU14 kali ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak mempercayai pelbagai berita palsu yang tular di laman sosial ketika ini.

“Mereka menggunakan pelbagai pendekatan melalui medium media sosial untuk mewujudkan kebencian terhadap kerajaan. Nasib baik sekarang ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat jangan terperangkap dengan mainan pembangkang terutama DAP apabila mereka bersetuju menggunakan lambang sama yang bertujuan untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap mereka.

Ahmad Zahid turut mengingatkan calon-calon BN yang bakal memenangi kerusi masing-masing pada PRU 9 Mei ini agar menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik kerana prestasi mereka itu akan dipantau oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan.

“Jika dalam tahun pertama tidak mencapai prestasi, kita akan panggil wakil rakyat tersebut untuk membuat penambaikan. Rakyat juga akan memberi maklum balas terhadap prestasi mereka,” katanya.

Kepada warga pendidik, Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengutamakan golongan itu kerana mereka adalah ‘opinion leader’ (pemimpin pendapat) yang memikirkan kaedah bagaimana membentuk generasi masa depan gemilang.

Katanya mereka perlu bersama-sama kerajaan demi memartabatkan sistem pendidikan negara. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd