Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku...

LHDN Lancar Op Patuh...

KOTA BHARU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan Operasi Patuh (Op Patuh)...

SPRM Tidak Tolak Mungkin...

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki...

Polis Tumpas Sindiket Cuci...

Johor Bahru : Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara...

Peniaga Selamat Ibu Hamil Daripada Puting Beliung

ISKANDAR PUTERI – Seorang peniaga pisang goreng dan pelanggannya yang sarat mengandung bersama seorang anaknya berdepan detik cemas apabila kejadian puting beliung tiba-tiba melanda kawasan Lima Kedai di Gelang Patah, dekat sini petang semalam.

Mohammad Rashidi Abu Hashim yang berkongsi pengalamannya itu berkata sebelum kejadian, keadaan cuaca hanya hujan renyai-renyai namun dalam sekelip mata suasana berubah dengan angin kencang berserta puting beliung.

“Masa kejadian itu lebih kurang 4.40 petang. Saya sudah nak habis niaga…ketika itu saya ada dua pelanggan, wanita mengandung itu dengan anak perempuannya di gerai saya.

“Mereka jadi panik bila angin sudah mula kencang. Khemah gerai saya pun dah mula nak melayang. Pada mulanya saya memegang khemah saya agar tidak terbang…tapi bila saya lihat pusaran angin puting beliung itu yang menghampiri wanita itu, saya pergi selamatkan mereka dengan menghalakan kedua-dua beranak itu jauh dari pusaran angin tersebut,” katanya.

Pemuda berusia 31 tahun itu berkata beliau bersyukur kejadian tersebut hanya seketika dan selepas menyelamatkan dua beranak itu, khemahnya yang melayang, jatuh dan terkena tangan kirinya mengakibatkan pergelangan tangannya cedera.

“Saya tak kisahlah, janji wanita itu selamat sebab saya lihat pusaran angin puting beliung tu memang besar sampai semua perkakas perniagaan berterbangan…duit niaga pun habis dibawa puting beliung itu,” katanya sambil menunjukkan tangan berbalut kerana kecederaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui bersama calon Barisan Nasional bagi Parlimen Iskandar Puteri Datuk Jason Teoh Sew Hock, di sini hari ini.

Sementara itu, Teoh berkata jentera BN Iskandar Puteri merupakan kumpulan yang paling awal tiba sejak semalam untuk memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas kerana bencana tersebut.


“Sebaik mendengar berita terbabit, kami bergegas ke tempat kejadian untuk mengenal pasti kerosakan dan masalah penduduk yang terjejas.

“Dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya pihak penghulu dan ahli majlis kami berjaya menyelesaikan beberapa masalah iaitu mengalihkan pokok tumbang dan tiang elektrik yang terjejas,” katanya lagi.

Selain itu, bahan-bahan pembinaan akan diberikan secara percuma untuk membaiki rumah yang mengalami kerosakan.

“Ini adalah hasil daripada perbincangan kami dengan beberapa usahawan yang telah bersetuju untuk menaja barangan binaan bagi membaiki balik rumah yang terjejas.

Menurut beliau, tidak kurang daripada 100 rumah mengalami kerosakan ekoran puting beliung yang melanda kawasan berkenaan. – BERNAMA

Kategori