• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Jangan Perjudi Masa Depan – Azlan Man

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Projek Lembangan Sungai Perlis yang menelan kos kira-kira RM1.5 bilion memberi impak tinggi terhadap sosioekonomi, sosial dan landskap Kangar, tidak mungkin mampu dilaksanakan oleh pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata projek itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang turut dijadikan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, Azlan berkata para pengundi di Parlimen Kangar tidak harus memperjudikan masa depan mereka dengan mengundi selain BN pada PRU14, 9 Mei ini.

“Kalau depa (pembangkang) menang, kena cari duit sendiri untuk laksana (projek) tetapi adakah mereka mampu? Kita pula rancang ikut kemampuan, bukan janji kosong. Pilihlah kerajaan atau parti yang kuat pada PRU14 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan perhimpunan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) peringkat Parlimen Kangar yang turut dihadiri calon BN Parlimen Kangar, Ramli Shariff; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena, Azihani Ali; Chuah Tian Hee (DUN Indera Kayangan); Hamizan Hassan (DUN Kayang) dan Datuk Azam Rashid (DUN Kuala Perlis), di sini hari ini.

Mengenai AIM, beliau berkata agensi tersebut berjaya mewujudkan kumpulan usahawan kecil membabitkan golongan miskin yang serius hendak mengubah taraf sosioekonomi mereka.

“Alhamdulillah kerana projek kerajaan BN ini yang memberi pinjaman serendah RM3,000 hingga RM20,000 tanpa faedah mencapai matlamat sehingga ada peserta memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan,” katanya.

Sementara itu, ditanya perjalanan kempen PRU14 ini, Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata hasil kerja keras berpasukan parti-parti komponen BN, beliau yakin pembangkang sukar menawan Parlimen Kangar dan harapan untuk merampas kerusi DUN Indera Kayangan bertambah cerah.

”Kita tolong-menolong melaksanakan gerak kerja dan bekerja keras siang malam. Usaha ini akan diteruskan sehingga saat akhir tempoh berkempen dibenarkan,” kata Azlan yang bertanding kerusi DUN Bintong. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd