• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman Mengenai Tol Dijangka Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Aktar Aziz.

Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.

Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun baru sahaja mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.

“Saya tidak mempunyai semua angka dan perincian mengenainya. (Bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang akan buat pengumuman apabila satu keputusan dicapai. Tugas ini sangat rumit dan kami semua komited untuk mencapai penyelesaian yang dapat menjaga kepentingan rakyat, semua orang berharap suasana berubah menjadi lebih baik dan kami harap kami dapat realisasikannya,” katanya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, di sini hari ini.

Pakatan Harapan yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 minggu lepas, antara lain berjanji untuk memansuhkan kutipan tol dalam manifesto pilihan rayanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata satu penyelesaian yang tepat dan menyeluruh diperlukan untuk menangani isu lebuh raya bertol.

“Kita harus sedar banyak wang telah dilaburkan menerusi pasaran modal, justeru perlu ada suatu imbangan dalam situasi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zeti Akhtar AzizTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd