Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Xi’an Saring Jutaan Penduduk

BEIJING: Bandar Xi'an di China mula melaksana ujian saringan COVID-19 ke atas berjuta-juta...

Trump Ancam Balas Serangan...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump, hari ini menegaskan 'ada harga mahal untuk dibayar'...

2 Maut, 100 Pesakit,...

GEORGE TOWN – Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan hampir...

Bangladesh Bina Kem Pelarian...

DHAKA - Bangladesh bakal membina sebuah kem pelarian terbesar di dunia untuk menempatkan...

Penantian 17 Tahun Dapat Warganegara Berakhir

SEREMBAN – Penantian 17 tahun seorang wanita untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan berakhir apabila beliau menerimanya dua minggu lepas hasil bantuan MCA.

Hung Hui Hui, 45, yang berasal dari Medan, Indonesia berkata permohonan itu dibuat sejak sekian lama memandangkan beliau telah menetap di negara ini selama 17 tahun sejak 2001 kerana berkahwin dengan rakyat Malaysia, Tee Peng Guan, 54.

“Sebelum ini saya hanya diberi status sebagai pemastautin tetap pada 2013 hingga saya dan suami pergi berjumpa dengan (Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk) Chong (Sin Woon) di pejabatnya di Lobak, untuk menceritakan masalah yang dihadapi.

“Sebagai pemastautin tetap, saya tidak menerima keistimewaan seperti rakyat Malaysia lain dan hanya diperoleh sekiranya saya menjadi warganegara,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Chong di sini, hari ini.

Beliau berkata MCA banyak membantunya merealisasikan hasrat tersebut.


Sementara itu, Chong berkata kesusahan yang dialami Hung telah dibawa kepada pucuk pimpinan parti dan perbincangan dijalankan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menukar status pemastautin tetap menjadi warganegara.

“Kes itu sudah diselesaikan dan saya mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini kerana tercapai hajat isterinya untuk mendapat kerakyatan di samping menikmati faedah dan keistimewaan sebagai warganegara,” katanya yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seremban. – BERNAMA

Kategori