• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Utama Pakatan Menang Kerusi Ditandingi

oleh
10/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENANG… Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali ke Parlimen selepas menewaskan penyandang kerusi Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 hari ini.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 11 malam. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kembali bertanding selepas kali terakhir bertanding pada PRU ke-10 pada 1999 di kerusi Parlimen Kubang Pasu.

Anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM dan bekas menteri besar Kedah, turut kembali apabila menguasai kerusi Parlimen Jerlun, selain menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di Kedah.

Selain mengekalkan kerusi Parlimen Pagoh disandang sejak lima penggal lalu, mantan timbalan perdana menteri yang juga Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menguasai DUN Gambir di Johor.

Muka baharu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang berpindah kerusi Parlimen dari Permatang Pauh di Pulau Pinang ke Pandan, Selangor menggantikan Rafizi Ramli turut menewaskan pencabar dalam saingan lima penjuru.

Sebelum ini Wan Azizah menyandang kerusi Permatang Pauh selama empat penggal sejak PRU pada 1999 daripada suaminya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana kesalahan liwat.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang masing-masing dimenangi sejak PRU12.

Bagaimanapun, kejutan berlaku apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berpindah kerusi dari Lembah Pantai di ibu negara ke Permatang Pauh, menang besar menewaskan calon BN dan muka baharu dari PAS.

DAP pula menerusi Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang, turut mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Iskandar Puteri yang sebelum ini dikenali sebagai Gelang Patah di Johor untuk penggal kedua.

Anak beliau, Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terpalit skandal korupsi ketika ini, Lim Guan Eng juga mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Pemimpin utama Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu juga membuat kejutan memenangi kerusi Parlimen Kota Raja di Selangor dalam cubaan pertamanya selepas tidak bertanding semasa PRU ke-13 pada 2013 lalu.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub kembali menguasai kerusi Parlimen Pulai selepas pernah tewas pada PRU13. Bekas pemimpin serpihan PAS itu turut memenangi kerusi DUN Simpang Jeram di Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengekalkan kerusi Parlimen Marang buat penggal ketujuh, manakala anaknya, Muhammad Khalil yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS julung kali menang kerusi DUN Batu Burok.

Sementara itu, Timbalan Abdul Hadi iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpindah kerusi dari DUN Jengka di Pahang ke Parlimen Kubang Kerian di Kelantan turut memenangi kerusi tersebut.

Parti Warisan Sabah pula menerusi Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Parlimen Semporna untuk penggal keenam selain menawan DUN Senallang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd