• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembatalan Projek HSR Ambil Kira Semua Aspek

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dibuat selepas mengambil kira semua aspek, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

” Saya fikir, beliau mengambil kira banyak perkara…sama ada kita mampu atau tidak, sama ada kos efektif atau tidak.

“Biasanya, HSR bukan mode pengangkutan pilihan kerana kita ada pengangkutan lain seperti penerbangan domestik dan tambah murah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di Kompleks Sukan Pantai Eco Park di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Malaysia akan membatalkan projek berkenaan dan mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta kepada Singapura.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura, dijadualkan siap pada 2026.

Ditanya mengenai status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr. Wan Azizah berkata terma-terma yang terkandung dalam kontrak berkenaan adalah ‘sangat pelik’.

“Perdana Menteri akan melihatnya kerana kita tidak mahu membayar apa-apa pampasan yang akan menjadi kerugian bagi negara,” kata beliau.

Sabtu lepas, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian dilaporkan berkata bahawa projek ECRL yang sudah bermula kini berjalan lancar dengan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd., bekerjasama rapat dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.

Projek ECRL, yang sepanjang 688 km, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu. Ia dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion dan dijadual siap pada 2024. – BERNAMA

Tags: HSRWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd