• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang BN Rampas Kelantan Jika Tiada ‘Cah Keting’

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah untuk merampas Kelantan daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi isu ‘cah keting’ atau sabotaj boleh menjadi penghalang, kata veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya UMNO Kelantan, sebagai parti utama BN di negeri ini, yang diterajui Datuk Seri Mustapa Mohamed kini semakin kuat dan mendapat sokongan, malah keinginan rakyat negeri itu untuk melakukan perubahan semakin ketara.

“UMNO bukan sahaja kuat seperti masa dulu tapi sudah bertambah kekuatan, semangat pun tinggi sekarang.

“Cuma tinggal masalah ‘cah keting’. Kalau boleh dikurangkan dan tak berlaku langsung saya rasa untuk kita (BN) rampas Kelantan dari tangan PAS memang baik. Rakyat pun nak kepada perubahan itu, nampaknya rakyat (Kelantan) di Kuala Lumpur pun sanggup balik untuk membantu,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini.

Tengku Razaleigh, 81, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan akan bertanding sekali lagi dalam PRU14 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang diwakilinya sejak 11 penggal yang lepas berkata budaya cah keting masih menjadi duri dalam daging, penghalang UMNO Kelantan merampas negeri itu, yang dikuasai PAS sejak 28 tahun lalu.

Jelasnya, berbanding dahulu, cah keting atau perbuatan sabotaj parti kini masih lagi berlaku namun lebih licik menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial.

“Semua orang bercita-cita tinggi untuk naik (dapat jawatan), tak suka orang lain mendahului dia dan sebagainya,” katanya.

Mengulas mengenai senario politik Kelantan, bekas Menteri Kewangan itu berkata perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang PAS, PKR dan DAP, menyaksikan PAS kini bergerak sendirian.

Kewujudan parti serpihan PAS, Amanah turut memberi kesan kepada PAS tetapi ia bukan satu kelebihan untuk UMNO dan BN, katanya.

“Sekarang ini PAS berpecah dan perpecahan PAS itu bukan menguntungkan UMNO dari segi penghijrahan anggota-anggotanya dari PAS ke UMNO. Ada pun sikit-sikit… barangkali setengah peratus atau satu peratus.

“Tetapi penghijrahan (anggota PAS) kepada parti Amanah atau berdiam diri dan tidak aktif lagi ada berlaku. Oleh kerana itu PAS jadi lemah dan kalau dulu ada kekuatan yang ‘solid’ dan bersatu tetapi dengan perpecahan, dia (PAS) jadi kurang (lemah),” katanya. – BERNAMA

Tags: BNTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tsunami Melayu’ DAP Ibarat Burung Dipipiskan Lada

Next Post

Calon Pembangkang Nampak ‘Terdesak’ – Azalina

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Calon Pembangkang Nampak 'Terdesak' - Azalina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd