• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayaran Paling Lama, Keliling Dunia 245 Hari!

oleh AK-47
07/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIKATAKAN sebagai pelayaran persiaran berterusan paling lama di dunia, setiap individu perlu membayar sekurang-kurangnya £66,990 (RM357,980) untuk mengelilingi dunia selama 245 hari.

Dijadualkan memulakan perlayaran dari Greenwich di Britain pada Ogos tahun depan, pelayaran yang membabitkan 113 hentian di 59 buah negara itu dijangka berakhir pada Mei tahun berikutnya.

Ia akan melawati semua benua kecuali Antartika.

Kapal persiaran mewah milik Viking Sun dari Norway itu akan memuatkan 930 penumpang menerusi pelayarannya merentasi lautan Altantik ke Greenland.

Harga yang ditetapkan termasuk tambang kelas perniagaan bagi tiket penerbangan ke London dan menikmati makanan di lapan restoran terpilih.

Selain itu, penumpang juga boleh mengikuti kelas muzik klasik, sejarah, seni dan masakan sepanjang pelayaran.

Harga paling murah ialah £66,990 (RM357,980) untuk seorang penumpang, bermakna mereka yang mengembara berpasangan perlu membayar nilai minimum £133,980 (RM715,961).

Selain dua kolam renang, penumpang juga boleh menikmati spa yang disertakan dengan kolam panas dan ‘gua salji’.

Kabin terbesar adalah Owner Suite yang sudahpun ditempah.

Harganya ialah £194,390 (RM1.03 juta) untuk seorang ataupun £388,780 (RM2.07 juta) untuk dua orang.

Pelayaran akan berakhir dengan melalui Terusan Suez di Mesir ke Mediterranean serta menuju ke perairan barat Sepanyol dan Portugal sebelum kembali ke United Kingdom.

Pelayaran tersebut mengambil masa lapan bulan, iaitu hampir dua kali lebih lama berbanding pelayaran sebelumnya.

Pengerusi Viking, Torstein Hagen berkata, pelayaran tersebut membolehkan penumpang melawati banyak destinasi terbaik di dunia. – Mail Online UK

Tags: Kapal Persiarankeliling dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia, Icon Of The Seas Mula Berlayar

Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia, Icon Of The Seas Mula Berlayar

28/01/2024
0

WASHINGTON : Kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas milik Royal Caribbean International melakukan pelayaran sulungnya semalam. IKUTI...

AS Pantau Kapal Persiaran Terjejas Kes COVID-19

27/12/2021
0

MIAMI: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam memantau puluhan kapal persiaran yang terjejas kes jangkitan COVID-19 dengan beberapa kapal terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd