• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong China Mati Lemas Ketika Snorkeling

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang pelancong warga China mati lemas ketika snorkeling di Pulau Sibuan dekat sini, petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Semporna, Supt. Peter Umbuas.

Beliau berkata lelaki itu dikenali sebagai Li Jing, 29, berasal dari Beijing ditemukan lemas oleh rakan-rakannya kira-kira 2 petang.

“Mangsa adalah seorang daripada 8 pelancong dari China yang mengikuti rombongan ke Pulau Bohey Dulang, Mantabuan dan Pulau Sibuan.

“Bagaimanapun sewaktu di Pulau Sibuan, mangsa dan rakan-rakan mula mandi laut dan snorkeling selama 40 minit sebelum tiba-tiba seorang pelancong lain memberitahu ada orang lemas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Peter berkata mangsa cuba diselamatkan rakannya dan dibawa naik ke atas bot sebelum dua pelancong tempatan memberi bantuan pernafasan (CPR) sambil bot bergerak menuju ke Hospital Semporna.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.30 petang oleh pegawai perubatan bertugas. – BERNAMA

Tags: lemasPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd