Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Wajah Firaun Amenhotep I

KAHERAH: Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak...

PRK DUN Semenyih: UMNO...

UMNO disaran supaya menampilkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa...

AMPANG JAYA: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini,...

Pandangan Sultan Johor Diambil...

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil maklum pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

Pelajar Lelaki Warga Nigeria Maut Kemalangan

SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki warga Nigeria maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran stesen minyak Petronas Jalan Semarak, Nilai, di sini hari ini.

​M​a​ngsa, Audu Oyaele David, 34, yang memandu Proton Saga dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah Toyota Lexus dari arah bertentangan pada kira-kira 8.30 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Khairollizal Abu Kasim berkata Oyaele, pelajar President College Kuala Lumpur itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Semasa kemalangan, dia dikatakan dalam perjalanan pulang ke kolejnya selepas berjumpa rakannya di Nilai, kata Khairollizal ketika dihubungi.

Beliau berkata pemandu Toyota Lexus itu, seorang wanita, Tan Ley Leng, 39, cedera dan dibawa orang awam ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Dalam kemalangan berasingan, seorang pemandu lori bermuatan pasir cedera parah selepas lorinya terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Kuala Pilah-Seremban pada 6.46 pagi.


Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Zainurin Sharif berkata pemandu itu, Zainal Mohamad, 40, dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori