• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Pintu Bilik Tahan GRO Warga Asing

oleh AK-47
16/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Imigresen Perak terpaksa memecahkan beberapa pintu bilik sebuah hotel di Ipoh, semalam, sebelum berjaya menahan 14 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan pakej khidmat pelayan pelanggan (GRO).

Bukan setakat itu, beberapa GRO yang ditahan bersama pelanggan masing-masing didapati berada dalam keadaan separuh bogel selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral itu dengan bayaran bermula RM35 hingga RM100.

Pengarahnya, Kamaluddin Ismail berkata, pihaknya menjalankan Ops Mega 2.0 bermula jam 2.30 petang hingga 7 malam di tiga lokasi sekitar Ipoh iaitu di sebuah hotel di bandar raya itu, kedai runcit di Klebang dan gerai tepi jalan di Taman Rishah.

Katanya, pihaknya berjaya menahan seramai 26 warga asing dalam ketiga-tiga operasi dijalankan secara serentak itu dan turut menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai melindungi GRO warga asing di hotel berkenaan.

Menurutnya, serbuan di hotel itu berjaya menahan seramai 19 warga asing membabitkan 14 GRO iaitu lapan Thailand, lima Indonesia serta satu Laos berusia antara 21 hingga 43 tahun dan empat lelaki Bangladesh dan seorang Nepal yang juga pelanggan turut ditahan.

“Selain itu, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai majikan GRO berkenaan berusia 40-an atas kesalahan melindungi wanita warga asing ini.

“Bagi serbuan di sebuah kedai runcit di Klebang, empat lelaki Indonesia ditahan, manakala serbuan di gerai tepi jalan di Taman Rishah pula berjaya menahan dua lelaki Indonesia dan satu Sri Lanka,” katanya dalam sidang media di Jabatan Imigresen Negeri di Meru Raya, di Ipoh, hari ini.

Kamaluddin berkata, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jabatan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan sebelum tindakan seterusnya diambil ke atas semua warga asing berkenaan.

Katanya, semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Menurutnya, warga tempatan yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing. – myMetro Online 

*Video sekadar hiasan…

Tags: GROhotel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd