• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Diarah Siasat Ugutan Bunuh Petugas SPR

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi.

“Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam.

Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan akhbar semalam berhubung ugutan bunuh ke atas seorang petugas SPR berusia 36 tahun dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Selasa lalu.

Ahmad Zahid berkata polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Saya meminta kepimpinan parti di semua peringkat sama ada parti kerajaan mahu pun pembangkang untuk memberitahu jentera dan ahli mereka atau pihak yang membantu untuk kempen parti supaya mematuhi peraturan mengikut Akta SPR,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd