• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Petugas Khas 1MDB Bermesyuarat Selasa

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Ini disahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai bersama pasukan petugas khas tersebut.

“Kami akan bermesyuarat esok. Kami akan bertemu dengan anda kemudian,” kata beliau kepada pemberita sebelum meninggalkan Ilham Tower di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan awal hari ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Pasukan petugas itu dianggotai oleh wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia, dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Selain Gani, pasukan petugas itu diketuai bersama oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Terdahulu, Gani, Abu Kassim dan Mohd Shukri dilihat tiba di Ilham Tower pada 2 petang sebelum meninggalkan kawasan itu pada 3.30 petang.

Bangunan itu menjadi tumpuan kerana di situlah, Majlis Penasihat Kerajaan yang ditugaskan untuk menasihatkan kerajaan mengenai hal ehwal ekonomi dan kewangan, mengadakan mesyuarat dengan pegawai kanan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menjalankan tugasnya.

Majlis Penasihat Kerajaan pula telah menubuhkan jawatankuasa berasingan untuk menyiasat skandal 1MDB, diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, yang juga kelihatan berada di bangunan itu.

Abu Talib membetritahu pemberita kemudian bahawa kedua-dua pasukan itu komited untuk menyiasat 1MDB secara teliti dan adil.

“Kami akan menyiasat 1MDB dengan tujuan untuk mendapatkan kembali wang … Ia mesti dijalankan selaras dengan amalan dan prosedur yang diterima,” kata beliau dan menambah kedaulatan undang-undang akan dipatuhi dalam melaksanakan tugas. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd