• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Keselamatan Tembak Mati 4 Lelaki

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Perairan Laut Sahabat dekat sini dan kira-kira 13.6 batu nautika dari Pulau Malamanuk Filipina, awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dalam kejadian pukul 2 pagi itu, semasa membuat rondaan jarak jauh yang melibatkan koloborasi antara Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Unit 69 Komando serta Pasukan Polis Marin (PPM) menggunakan Bot Adal 19, mereka mengesan sebuah bot dinaiki beberapa orang dalam keadaan mencurigakan bergerak laju menuju ke arah sekumpulan bot nelayan.

“Pasukan keselamatan mengambil tindakan memintas dengan lampu biru polis dinyalakan, tetapi tiba-tiba bot suspek telah melepaskan tembakan dan percikan api kelihatan dari bot suspek.

“Bagi mempertahankan diri, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Ramli berkata susulan berbalas tembakan itu dua mayat suspek ditemui mati di atas bot dengan kesan tembakan manakala dua lagi ditemui mati terapung di sekitar bot.

“Pemeriksaan ke atas kesemua mayat suspek berumur lingkungan 20-an hingga 40-an itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut percaya kesemua suspek menggunakan senjata api berat berdasarkan taburan kelongsong peluru ditemui di atas bot suspek.

“Satu pucuk pistol jenis Remmington Rand bersama satu kelopak peluru kaliber 0.45mm, satu pelancar bom tangan 40mm, 21 butir kelongsong peluru 7.62mm serta 13 butir kelongsong peluru 5.56mm ditemui,” katanya menambah turut dipercayai terdapat senjata yang tercampak ke dasar laut.

Ekoran itu, Ramli berkata Pasukan Komando 69 dan Pasukan Polis Marin Lahad Datu melakukan selaman bagi mengesan senjata api suspek yang terjatuh namun sehingga kini masih belum ditemui.

Sementara itu, Ramli berkata sejak awal tahun ini sebanyak 33 cubaan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah digagalkan pasukan keselamatan.

“Alhamdulillah tiada satu pun berlaku dan maklumat terakhir diterima pada 5 Mei lepas iaitu kumpulan lima atau enam orang melakukan pemantauan di kawasan perairan Lahad Datu,” katanya.

Ramli berkata kemungkinan besar empat suspek ditembak hari ini mempunyai kaitan dan selari dengan maklumat di terima. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli DinTembak Mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd